Petang tadi...


Ketemu lagi...

Ummi ni kalau dah mula buat entry,...rasa cam tak mau nak stop la plak...Ada plak idea yg nak dimasukkan kat dalam blog ni...Bukan apa sebelum Ummi lupa baik Ummi masukkan kat dlm blog ni...jadi semua blh la jamu mata dan mendapat sedikit ilmu atau idea kat sini ye...
Ummi nak crita la aktiviti Ummi tadi...Tadi,.lps makan tgh hari,..Ummi tgk nasi masam yg Ummi perap hari tu tak digunakan lagi..masih ada dlm peti sejuk...Jadi,Ummi pikiaq baik Ummi buat apom comel utk mkn petang ni...
Resepi ni Ummi belajaq dr Mak Ummi la...so Ummi namakan Kuih ni ialah Apom Comel Mak..

Bahan2nya adalah mcm kat bwh ni;

-Apa2 pun sebelum tu kita kena la buat nasi masam dulu...cam buat tapai.

1 cawan nasi sejuk
1/4 ragi

-Kedua2 bhn ni gaul bersama dan perap la sekurang2nya 24 jam ye...

Bhn2 seterusnya ialah ;

1 cawan nasi masam
2 1/2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 cawan gula

-Kesemua bhn ni diblend bersama sama.
-Kemudian perap dulu adunan tadi selama beberapa jam

Last but not least :

- Sebelum nak kukus...masukkan sepeket eno (kaler biru tau) dlm adunan tadi dan kacau.
-Masa nak kukus,..panaskan pengukus dan acuannya dulu ye...
-kukus selama 20 minit sehingga masak.

Hasilnya adalah seperti kat bawah:



Inilah rupanya setelah mask...tgk tu kembang mekar ja...Masih dlm acuannya.



Ini,..setelah dikeluarkan dari acuannya.



Nak lagi sedap kalau dimakan bersama sama ngan nyok parut...Emmm sedapnya..

Comments

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...