Islamic Widget

Followers

copy la..

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Wednesday, June 30, 2010

Dinner apa ekk..


Salam,..

Mlm ni mkn apa ya???...Ummi malas la nak pikior...plus malas nak masak gak..yelah penat tadi pun tak abih lagi..
Tadi Ummi ,En.hubby ngan Damia pi shopping barang umah kat Tesco...tu yg penat tu..penat round tesco...
Jadi...mlm ni En.hubby la ambik tugas...dia lah yg prepare dinner kami sekeluarga...Nak tahu apa dia...?? Tu..kat bwh tu...



2 btg frankfutter,baked bean,telur mayonis ngan salad..
***Tq to En.Hubby***

Ku lihat hijau...



Salam sahabat2

Hari ni Ummi tak tau nak buat entry apa dlm blog ni...tp tgn rasa nak tulih ja...nak tulih apa ekk..Haa...Ummi ingat nak share info ni ngan anda lah..info mengenai daun2 hijau yg kerap gak kita guna dlm masakan...Ummi ni tak habih ngan masak ja ye...Yalah,..Ummi ni mmg minat apa shj yg ada kaitan ngan memasak ni..tak kira la petua ka,..resepi2 baru ka,..pantang larang ka...dan mcm2 lagi lah...
Dlm kebanyakan masakan Melayu,..kita byk pakai daun kunyit,daun kari,daun pandan dan daun saderi...Daun2 ni adalah sebagai penambah aroma dan rasa dlm setiap masakan.adakah anda kenal daun2 ni..????



Pokok Kunyit

Pokok kunyit hidup subur di kawasan lapang dan terdedah ngan cahaya matahari.Ketinggian pokok ni boleh melebihi dr 1 meter dan ubinya kunyit bewarna kuning,sedikit bersisik,berbentuk memanjang dan berjejari.daunnya bewarna hijau berbentuk bujur dan meruncing di hujungnya,licin dan mempunyai tangkai yg panjang.Pokok ni pun mengeluarkan bunga di celah2 daun muda...Utk pengetahuan semua,..bunganya pun boleh dimakan..Sedap dibuat ulam.Daun kunyit digunakan di dlm masakan utk memberi aroma dlm masakan seperti rendang,ikan bakar,daging bakar ,gulai dan lain.Ubinya pula memberi warna kekuningan kepada masakan.Dlm perubatan pula kunyit digunakan sebagai antioksidan,antibakteria,antiradang dan antikanser.Kunyit boleh menyembuhkan luka di dlm badan,mengecutkan peranakan bagi wanita yg baru bersalin,membersihkan dan menghalang pembekuan darah.Di kalangan masyarakat India,kunyit digunakan di dlm mencantikkan wajah dan kulit.



Pokok Saderi

Daun saderi juga dikenali sebagai daun sup.Ia merupakan sayur yg berbatang lembut dan kaya ngan zat besi,fosforus,natrium,kalium,karotena,vitamin A,B komplek dan C.Daun saderi ni memberi penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.Caranya adalah dgn memasukkan sedikit daun saderi yg dipotong kecil2 dan ditumbuk halus bersama dgn sedikit air dan gula.Seelok2nya minum 3X sehari utk keberkesanan.Saderijugak dpt mengubati keracunan yg berpunca drpd jangkitan bakteria.



Pokok Pandan

Daun pandan mepunyai berbagai2 kegunaan dlm penyediaan makanan.Terutamanya makanan tradisional masyarakat Melayu.Daunnya digunakan sebagai pewarna,pewangi serta pembangkit selera.Ekstraknya digunakan di dlm pembuatan roti,kek,biskut dan kuih muih.Daun pandan juga digunakan di dlm segi perubatan.Khasiatnya digunakan dlm merawat penyakit demam campak dan berkesan dlm pengubatan penyakit gonorea,sifillis,denggi dan anaemia.Bagi wanita yg baru bersalin,daun pandan digunakan utk mandian,..Ia akan menyegarkan dan mengharumkan tubuh badan.



Pokok Kari

Pokok kari sejenis pokok renek.Biasanya ia ditanam di halaman rumah.Kegunaannya adalah sebagai rempah dlm masakan terutamanya dlm masakan kari/gulai.Daunnya mengeluarkan aroma yg kuat dan rasanya pahit.Bagi masyarakat India,daun kari digunakan dlm msakan seperti rasam,chutney,maruku dan sebagainya.Bagi masyarakat Melayu,pucuknya digunakan sebagai ulaman,...


....SELAMAT MEMBACA....



Tuesday, June 29, 2010

Ye..ye.. dah jadi...



Bertemu lagi,

Hari ni Ummi ada try buat satu resepi baru..Ummi baru ja belajaq dari neighbour Ummi.Hari tu dia ada kasi kat Ummi utk rasa,..emm apa lagi Ummi pun tak lepas lah peluang mintak resepi kat dia...Dish ni memang sedap sgt..tambah2 plak anak2 Ummi plus husband Ummi pun suka bangat ngan dish ni...



Ni Ummi letak dlm clear glass,..barulah nampak isinya..dan menarik rupanya..

Nasib baik la neighbour Ummi ni tak kisah,..dia kasi resepi tu kat Ummi,...siap explain lagi camna nak buat ikut step by step....Terima kasih lah buat Pn.Rozita Ahmad di atas ilmu masak itu...Lain kali Ummi nak lagi...



Yang ni pulak,..Ummi letak isi rambutan dlmnya,..sebab fruit cocktail tu dah tak cukup.Nasib baik ada gak buah rambutan kat umah..

Ummi lupa plak nak tanya apa nama dish ni...tapi rasa2 mcm puding cocktail kot namanya...tapi puding cocktail ni berbeza drpd puding cocktail yg Ummi pernah rasa..Puding ni kalau anda nak tahu,...ada whipping cream kat dlm tu...eemmm..tu yg membuatkan puding ni sedap dan berbeza...Memang sesuai dimakan setelah di letakkan di dalam peti sejuk..Macam rasa makan ais krim aja...



Rupanya di dalam bekas yang besar..Emm delicious...

Awat????Anda terliuq ka???Emm kalau terliuq...jamu mata dah kot no...he..he..he..

Selera anak ayah...


Salam,...

Ni Ummi nak bagitau la ye...Ummi punya la buntu hari ni sebab tak tau nak masak apa utk makan tgh hari....Pikiaq punya pikiaq...takut nanti anak2 tak makan plak apa yg Ummi nak masak...Ya la..mana boleh ikut selera Ummi ja...kena ada suara ramai gak...
Bila tanya kat anak2 nak makan apa...yg depa tau jawab.."emm tak tau la"..."emmm Ummi masak la apa pun"..ni yg poning ni...
Last2 tanya kat ayah plak..."Ayah nak makan apa tgh hari nanti?"Ayah pun jawab..."emmm tak tau la".."tengok la dlm buku resepi"..."Buku resepi punya la banyak, nak masak pun tau nak guna ka",Ayah camdek Ummi...Ummi kena balik...
Tanya punya tanya,..Ayah pun kata.." buat la Sup daging kicap....anak suka makan,..Ayah pun suka gak,"..
Jadi terjawablah sudah kebuntuan Ummi...Ummi pun tak yah la susah2 nak pikior...Senaaanggg la Ummi.....
Maka hari ni menu tgh hari Ummi ialah Sup Daging Kicap(stew daging),Sayur campur ngan ikan goreng....



Sup Daging Kicap (Stew daging



Sayur Campur

Alhamdulillah,..tersedialah sudah...yang nak pening skrang ni ,...esok nak masak apa plak ya?????

Monday, June 28, 2010

Empat sekawan..



Ahlan wasahlan sahabat2......

Ummi ni peminat setia Majalah Keluarga terbitan karangkraf...Kalau anda nak tahu Ummi dah mula melanggan majalah ni since tahun 1999...cuba bygkan dah berapa banyak majalah ni Ummi kumpul.....Kira Ummi die hard core fan la ngan majalah ni...Sebenaq2nya Ummi ni nak kasi la info mengenai apa yg Ummi baca tadi...Info ni berguna buat semua surirumah dan bukan surirumah...
Kadang2 ,..hari2 kita guna semua ni iaitu rempah empat sekawan....
Rempah empat sekawan ni amat penting dlm proses menumis masakan...terutamanya dlm masakan tradisional...Masyarakat Melayu dah menggunakan rempah empat sekawan ni dr zaman tok nenek lagi..Rempah empat sekawan ni mengeluarkan empat jenis rasa yg berlainan seperti pedas,pahit,manis dan kelat.Selain ia berbau harum,ia juga mempunyai khasiat perubatan yg tersendiri...
Rempah empat sekawan ni terdiri drpd : kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih.


KULIT KAYU MANIS

- nama saintifik : cinnamomum zeylanicum.
- antara rempah yg paling penting utk menumis masakan.
-mempunyai aroma yg wangi dan manis.
-didlm segi perubatan pula,...ia dpt meredakan cirit birit,melawas air besar dan mengubat kesakitan gigi yg berlubang
-Caranya : asah kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk dan kemudian letakkan kedlm gigi yg berlubang.
-Kulit kayu manis direndam dgn teh bleh menurunkan paras gula dlm darah.
-Minyak pati kulit kayu manis pula dpt mengeluarkan aroma yg bleh menenangkan fikiran


BUAH PELAGA

-nama saintifik: elleteria cardamomum
-masyarakat arab menggunakan buah pelaga sebagai rencah utama dlm masakan mereka.
-di dlm segi perubatan: mengurangkan bau nafas,melegakan asid dlm perut,asma dan penyingkiran toksid.
-Caranya : mengunyah buah pelaga ataupun minum air rebusan buah pelaga.


BUNGA LAWANG

-nama saintifik: illicium verum hooker fil.
-mempunyai lapan kelopak
-baunya harum,..dan bleh dijdkan hiasan di dapur.
-mampu nyah bau yg kurang menyenangkan.
-di dlm segi perubatan : membuang angin dlm perut dan sakit sendi.
-dipercayai air rebusannya bleh hindari dr penyakit H1N1


BUNGA CENGKIH

-nama saintifik: eugenia aromatica.
-berasal dari Pulau Maluku.
-ditanam secara pembiakan benih
-rasanya sedikit pahit,kelat,berangin dan pedas.
-di dlm segi perubatan : boleh menghilangkan bau nafas,sakit gigi,kesihatan jantung,penglihatan dan tajamkan fikiran.
-Caranya: amalkan dgn mengunyah 10 biji bunga cengkih setiap hari

Delicious..



Salam semua,..

Anda suka dgn coklat/koko.???Bagi Ummi apa jenis menu yg berasaskan coklat menjadi kegemaran dan pilihan Ummi.Begitu juga bagi anak2 Ummi...Tambah2 lagi kalau kek coklat atau aiskrim koko...emmm sedaap...Biskut yg ada filling coklat lagi menyelerakan kalau dicicah plak ngan milo panas...


Melalui pembacaan Ummi dilaman Web Lembaga Koko Malaysia,coklat diklasifikasikan coklat tulin atau coklat kompaun.Coklat tulin mestilah mengandungi tdk kurang drpd 5% lemak sayuran.manakala bagi coklat yg digunakan sebagai salutan utk biskut,konfeksyeneri atau produk coklat yg lain mestilah tdk kurang drpd 12% likur koko.Maka dgn itu bagi coklat2 yg tak memenuhi kriteria di atas di panggil coklat kompaun.


Coklat boleh dirujuk kepada 3 jenis coklat iaitu coklat susu,coklat putih dan coklat kosong.Utk pengetahuan semua coklat adalah makanan berkhasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif.Di bawah ni Ummi sertakan khasiat yg terdapat di dlm coklat susu dan coklat putih..

NILAI PEMAKANAN COKLAT PUTIH DAN COKLAT SUSU
Kandungan Zat 8oz. Gelas (atau ½)

ZATCOKLAT PUTIHCOKLAT SUSU
Kalori168205
Protein gms.8.57.0
Kalsium gm.0.200.26
Fosforus0.220.22
Vitamin A I.U.375338
Tiamin mg.0.080.07
Riboflavin mg.0.410.37
Niasin mg.0.210.25

Sumber : Persatuan Pengilang Coklat



Coklat merupakan makanan yg kaya ngan sumber 2 tenaga.Di bawah ni menunjukan peratusan tenaga yg terdapat di dalam coklat.

Peratus Tenaga Dari Protin, Lemak Dan Karbohidrat Dalam Coklat Susu Dan Tanpa Susu

Jenis
% Sumbangan Tenaga
ProteinLemakKarbohidrat
Coklat Kosong4%57%39%
Coklat Susu7%52%41%
Coklat Putih5%51%43%


Ummi pun nak kasi lah fakta2 dan mitos2 yg kita perlu tahu mengenai coklat :

MITOS
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%; Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.

MITOS
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurangMYTHdaripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

MITOS
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns.coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.

MITOS
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.


Sebab apa Ummi ni cerita sangat pasal coklat ya.???Sebenaqnya hari ni Ummi ada buat muffin coklat..Ini mmg favourite Ummi ngan anak2 Ummi.Nak buatnya pun senang.Ummi kukus ja muffin ni..sebab ia lagi sedap,lembut dan lembab.Nak ke resepinya...Ok la..Ummi kasi resepinya seperti di bwh :

Inilah rupanya muffin sebelum dihias



Dan inilah rupa muffin setelah dihias

Bhn2nya:

1)1 3/4 cawan tepung gandum
2)3/4 cawan serbuk koko
3) 1 cawan gula pasir
4)1 sudu kecil soda bikarbonat
5)1 sudu kecil serbuk penaik
6)2 biji telur ayam
7)1 cawan susu cair
8)1 cawan minyak masak / minyak jagung
9)1 cawan air panas
10) sedikit esen vanilla

Cara2nya;

-Masukkan dan campurkan kesemua barang diatas kecuali air panas dan esen vanilla.
- Kacau bahan2 tadi sehingga sebati
- Setelah sebati,baru masukkan air panas dan kacau lagi
- Last sekali masukkan esen vanilla
- Setelah itu masukkan ke dlm kertas cawan.(kalau nak bubuh dlm loyang kek pun bleh gak)
- Kukus sampai masak.


Oh pedasnya.....







Bertemu lagi yeh.....!!!

Hari ni Ummi nak kasi tip camna nak mengekalkan cili kisar tahan lama....Ummi selalu gak kisar/blend cili kering byk2...bukan apa pun tp utk memudahkan Ummi bila nak gunanya..tak yah la susah2 nak kena blend setiap kali nak masak.Bila kita dah siap2 kisar cili kering ni..emm senang la nak masak...nak ayam masak pedas...cepat ja dah bleh mkn..Cili kisar ni kalau kita buat sendiri lebih enak dan segar drpd kita beli di kedai...Ok la..ni Ummi tunjukkan cara2nya..:
1) Ambil cili kering,potong dan basuh
2)kemudian rendamkannya atau nak cepat rebusnya selama 5 minit.
3) Angkat dan toskan airnya
4)Kemudian kisar cili tadi ngan satu/dua bawang besar dgn secawan air masak suam
5)Kemudian tuang ke dlm bekas yg bertutup dan simpan dlm peti sejuk.
6)Selepas 1 jam ,cili tu akan menjadi seperti agar2.
7)Jika ada air,buangkan air tersebut.Ini adalah utk membuatkan warna dan rasanya terpelihara.

* Jangan guna air yg byk semasa nak blend cili kering ..
Selamat mencuba...

Sunday, June 27, 2010

Nanas ke nenas????




Assalamualaikum .....

Emm cuba lihat gambaq kat atas tu...anda panggil apa buah ni...buah nanas ka atau buah nenas????Ummi dah rujuk dr Kamus Dewan edisi ke-3,..m/s 920 dan m/s 925,nanas adalah nenas ...maksudnya sama dan nanas beerti sejenis tumbuhan yg buahnya boleh dimakan...
Nenas byk terdapat di Indonesia sepanjang tahun..Nenas biasanya bewarna hijau sebelum masak dan berubah menjadi hijau kekuningan apabila masak.Kulit buahnya bersisik dan bermata byk.Daun nenas berserat dan berduri pada kedua belah sisinya.Buah nenas ni mengandungi byk vitamin C...maka mmg baguslah dimakan...


Nenas ni boleh dimakan sahaja atau digunakan dlm masakan seperti tart nenas,jem nenas,kek nenas,nasi goreng nenas,jus nenas,acar nenas dan lain2 lagilah...
Utk hari ni Ummi menggunakan nenas sebagai menu masakan tgh hari Ummi,...iaitu Pajeri Nenas...Selalunya ,...kalau kita pi mkn kenduri kahwin di sebelah utara amnya,..mesti ada pajeri nenas kan...Jadi hari ni ,Ummi sertakan resepi utk buat pajeri nenas ya,...


Bahan2nya:

1) buah nenas yg dibuang kulit dan matanya serta dipotong seperti di atas (setelah dipotong ,Ummi rebus nenas tadi bersama 2 camca besar gula utk mengenakkan lagi pajeri nenas ni)
2)bawang merah,halia dan bawang putih yg dihiris halus
3)bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis dan biji pelaga (serba sikit)
4)rempah daging yg dimesin bersama ngan sebiji bwg besar dan sebiji bwg putih
5)santan
6)sedikit ikan bilis (ditumbuk kasar)
7)sebelah gula kabung
8)1 camca besar kerisik
9)sedikit garam

Cara2nya ;
-tumis dahulu bhn no.2 dan no.3 sehingga garing,...jgn sampai hangus la plak..
-kemudian masukkan rempah yg tlh dimesin tadi
- masak sehingga pecah minyak ya
-setelah pecah minyak,..masukkan buah nenas tadi dan gaulkan,.
-selepas itu,masukkan santan dan garam,
-setelah mendidih,...masukkan gula kabung,ikan bilis dan kerisik.masak sehingga menjadi pekat.
* Ummi tak letak air asam sbb buah nenas ni pun dah mengeluarkan asamnya..

Taraa......dah siap


Selamat mencuba ya..

Saturday, June 26, 2010

Ketam Oh Ketam




Assalamualikum,..

Selamat bertemu lagi kengkawan...Camna ngan gambaq kat atas tu...gerun tak...Kenal tak apa benda ni...Tentulah kenal kan...Ini adalah ketam...tp adakah anda tahu ini ketam apa...Ya tentu sesetengah drpd anda cakap ketam ni bagi org Islam tak leh nak makan kan...Ketam ni namanya ketam nipah dan ketam ni mmg bleh dimakan oleh org2 Islam...Selalunya kita lihat bangsa Cina yg byk membeli ketam ni ....ttp semua org mmg bleh makan ketam ni...Dahulu Ummi ingat ketam ni tak boleh dimakan disebabkan ada sesetengah org cakap ia tak halal dan tinggal di dua alam...tetapi setelah berkahwin ngan suami Ummi yang memangnya seorang yang tahu selok belok pasal ketam ni ,..maka tanpa was2 ia adalah halal dimakan...Ketam ni boleh didapati di muara sungai....


Ketam ni mmg sedap dimakan sbb ketam ni mempunyai byk isi berbanding ketam bunga yang kita selalu beli kat market....Ada sesetengah org mengatakan dgn memakan ketam nipah ni bleh menjadi ubat bagi sesiapa yg mengalami demam panas...sesiapa yg mengalami demam chikukunya pun sesuai memakan ketam ni..Seelok-eloknya dibuat sup..Malah harga ketam ni lagi mahal berbanding ketam bunga....Ya la...nak tangkap ketam ni bukannya senang...


Inilah rupa kolam ketam nipah, ttp gambaq di atas ni setelah kolam tu dikeringkan...
Ni sebenarnya kolam ketam SIL & BIL Ummi...SIL & BIL Ummi mengusahakan ternakan ketam ni di Kota Kuala Muda...Jadi sesiapa yg teringin nak makan ketam ni,..bleh la contact Ummi..tp kalau bleh order la dlm kuantiti yg banyak ye...hehehe...


Cuba lihat tu,..saiz ketam nipah ni....besaq kan..Ketam ni boleh sampai sebesaq seperti gambar di atas...lagi besaq ketam tu lagi mahallah harganya..


Emm..sedapnya ..Nilah rupa ketam setelah dimasak cili...lagi pedas laagii sedaaappp...Kita bleh masak macam2 ngan adanya ketam nipah ni...Kita bleh masak tomyam,..masak lemak cili api,sup ketam,mee kuah ketam dan goreng pon sodaap...
Hari ni menu tgh hari Ummi adalah Ketam Goreng Cili seperti gambaq di atas tu...
Kalau sesiapa yg ingin mencubanya ,..inilah resepinya:

Bhn2nya:
1)cili kering (agak2...lagi byk lg pedas)
2)bawang besar
3)bawang putih
4)serai (kalau tak mau boh pun tak pa)
5)sedikit garam & gula sebagai perasa..
6)sebiji telur

Caranya;
- Blend kesemua bhn di atas kecuali telur, garam dan gula
- Tumis bhn yg tlh diblend
- Masak sehingga garing...baru ltk garam dan gula
- Kemudian letakkan ketam2 nipah yg telah dibersihkan..(ketam tu nak dikerat 2 pun bleh,..kalau tak mau kerat pun tak apa)
- Kacau sehingga semua cili tu berpalut kat ketam tu
- Kemudian letakkan sebiji telur yg telah dikacau ke dalam ketam tadi dan dikacau sehingga kuahnya berpalut dan melekat kat ketam tu..
- Last hias ngan hirisan bawang besaq...
* telur tu bergantung kepada berapa byknya ketam,..kalau byk...ltk la 2 biji telur...
SELAMAT MENCUBA

Friday, June 25, 2010

Eeee...masamnya..

ni la pokok Asam Renda yg ada di depan umah Ummi

nampak tak?? kat pokok ni pun burung buat sarang...

ni lah buah nya masa masih muda...

macam buah anggur kan...

ni lah rupanya buahnya bila masak ranum

Ahlan wasahlan,...

Ummi ni fulltime housewife...jadi byk la masa Ummi di umah...tambah2 la ni baru mula berblogging...apa lagi..asyik2 nak entry ja post2 baru....Jgn jemu ekk ngan blog Ummi...Ummi harap ngan entry yg Ummi post ni byk beri pengetahuan buat semua mahu pun untuk diri Ummi sendiri...Dlm blog Ummi ni ...Ummi nak kongsi la ngan sahabat2 Ummi aktiviti2 yg Ummi suka buat...salah satunya adalah gardening....Hari tu Ummi ada post kan gambaq pokok mulbery dan pokok limau kasturi kann....Jadi ni the next pokok yg Ummi sayang...Pokok ni mmg payah dah nak dpt..Dulu2 di kampung byk la..sekarang kat kampung payah nak cari..Org zaman sekarang pun tak tau apa nama pokok ni kalau terjumpa kat mana2...Tu sbb Ummi sayang..kalau bleh Ummi ni nak tanam la pokok2 yg susah nak dpt di zaman ini...
Pokok yg Ummi maksudkan adalah pokok spt diatas tu...POKOK ASAM RENDA...emm nama dia pun sempoi kan....Pokok ni menghasilkan buah2 yg seperti buah anggur bentuknya...Buahnya rasa kelat dan masam jika ia masih muda tapi akan masam berwarna hitam dan masam bila dah masak ranum...Bila buah ni dah masak ranum,..ia akan mengeluarkan warna merah yg ang2 bila dipicit mcm buah keriang....tapi buah keriang manis rasanya tp buah ni ya Allah,...maaasammm....
Pokoknya penuh ngan duri di ranting2nya...mmg berdurilah pokok ni....tak la tinggi sgt pokok ni...tp cantik mata memandang...Mak Ummi kata buah ni sesuai la kalau nak buat jeruk...Hari tu adalah anak Ummi,..si Faris kutip buah ni...masa tu mmg byk sungguh buahnya,..mungkin Faris geram kut lalu dikutipnya...Ummi tak tau nak buat apa...jd Mak Ummi buat la jeruk...Mmg jadi jeruk tu...kemasamannya ternyata hilang bila dah dijerukkan...emm suka la Faris..
Dulu masa pregnant kat Damia,..Ummi skit pun tak teringin ngan buah ni...tp bg sesiapa yg teringin tu...mai la umah Ummi...ambik ja Ummi tak kisah...
Ok la,...sampai sinilah crita pasai Asam renda...nnti Ummi post plak pokok yg lain plak k....

Apa.?? masin...


Salam,..

Masin????Adakah anda pernah masak termasin....Emm,...Ummi pun pernah alami keadaan macam ni..Ummi rasa sudah tentu sahabat2 Ummi juga pernah alami keadaan ini kan??..Camna ya nak buang rasa masin tu dlm masakan kita ya....Ada caranya..ni Ummi nak kongsi la petua ngan semua...Senang ja,..kalau kita masak ,..tiba2 kita terletak garam banyak...masin la jadinya,...oleh itu masukkan beberapa ketul ubi kentang yang dibuang kulitnya ke dalam masakan yg sedang dimasak ..masak bersama masakan tadi sehingga ubi tu empuk...InsyaAllah,ubi tu akan serap kemasinan masakan tadi...
Sebelum ni Ummi pun tak tau..bila baca buku,...ada petua camni dan Ummi pun try..Yaa..menjadi rupanya...
Oleh tu jgn la sahabat2 Ummi susah hati kalau masakan yg tgh masak tu masin berdengung...
Bila dah masin tu...jgn la plak pi tambah lagi gula...nanti masakan tu jadi laaagi tak sedap.....ingat tu...

Sweet desert....

Tu dia buah mulbery ada kat atas tu..Saja ltk ,nak kasi menarik skit.Nilah rupa buah mulbery setelah masak..Ni hasil dari pokok Ummi tau..


Anda tak nampakkan buahnya sebab Ummi ltk buah nenas...jd dia dok dlm caramel tu la...
Atas caramel tu Ummi saja hias ngan buah mulbery dr pokok Ummi.


Tadaa...ni la rupa cream caramel Ummi

Hai...
Entry sebelum ni Ummi ada janjikan nak post kan rupa cream caramel ngan resepinya sekali kan..???Ummi tak lupaaa....Cream caramel ni sedap kalau kita mkn ia wktu sejuk2...maknanya lps ja masak desert ni...bubuh la dlm peti sejuk...bagi dia sejuk.....Resepi ni Ummi belajaq dr Mak Ummi la,...Mak Ummi ni kira otai/mentor Ummi...tp Ummi ubah la skit resepi ni,..Bukannya apa saja nak bagi ia nampak lagi best...dan menarik kalau dimakan,..nak tambat hati anak2 utk makan,...Ni resepinya..:

'Cream Caramel Ummi '

Bhn2nya :
(A)
-Ambilkan 1 sudu mkn gula pasir,...bubuh dlm loyang,..ltkkan atas api, masak sehingga kekuningan...Jgn sampai hangus la plak ya...

(B)
1)1 tin susu cair (tak kira la apa pun jenamanya,..tp Ummi lebih suka pakai jenama Ideal)
2)3 biji telur (seelok-eloknya pakai telur yg bukan dari peti sejuk)
3)1/2 cawan gula pasir
4)sedikit esen vanilla
5) Buah campuran (tak kisah la mcm mana,..hari ni Ummi pakai yg pineapple shj)

Cara2nya :
-Blendkan kesemua B kecuali buah campuran shj..
-Susunkan buah campuran ke dlm loyang A tadi..
- Tuangkan bhn yg kita blend tadi ke dlm loyang yg tlh kita susun buah campuran tadi...
- Kukus sehingga masak...
- last,sejukkan dulu kemudian ltk dlm pinggan dan ltk dlm peti sejuk...

Mudahkan resepi ni...tak yah la susah2 nak pi cari di supermarket...Brg yg digunakan pun tak la mahal mana...
SELAMAT MENCUBA..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails