Ketam Oh Ketam




Assalamualikum,..

Selamat bertemu lagi kengkawan...Camna ngan gambaq kat atas tu...gerun tak...Kenal tak apa benda ni...Tentulah kenal kan...Ini adalah ketam...tp adakah anda tahu ini ketam apa...Ya tentu sesetengah drpd anda cakap ketam ni bagi org Islam tak leh nak makan kan...Ketam ni namanya ketam nipah dan ketam ni mmg bleh dimakan oleh org2 Islam...Selalunya kita lihat bangsa Cina yg byk membeli ketam ni ....ttp semua org mmg bleh makan ketam ni...Dahulu Ummi ingat ketam ni tak boleh dimakan disebabkan ada sesetengah org cakap ia tak halal dan tinggal di dua alam...tetapi setelah berkahwin ngan suami Ummi yang memangnya seorang yang tahu selok belok pasal ketam ni ,..maka tanpa was2 ia adalah halal dimakan...Ketam ni boleh didapati di muara sungai....


Ketam ni mmg sedap dimakan sbb ketam ni mempunyai byk isi berbanding ketam bunga yang kita selalu beli kat market....Ada sesetengah org mengatakan dgn memakan ketam nipah ni bleh menjadi ubat bagi sesiapa yg mengalami demam panas...sesiapa yg mengalami demam chikukunya pun sesuai memakan ketam ni..Seelok-eloknya dibuat sup..Malah harga ketam ni lagi mahal berbanding ketam bunga....Ya la...nak tangkap ketam ni bukannya senang...


Inilah rupa kolam ketam nipah, ttp gambaq di atas ni setelah kolam tu dikeringkan...
Ni sebenarnya kolam ketam SIL & BIL Ummi...SIL & BIL Ummi mengusahakan ternakan ketam ni di Kota Kuala Muda...Jadi sesiapa yg teringin nak makan ketam ni,..bleh la contact Ummi..tp kalau bleh order la dlm kuantiti yg banyak ye...hehehe...


Cuba lihat tu,..saiz ketam nipah ni....besaq kan..Ketam ni boleh sampai sebesaq seperti gambar di atas...lagi besaq ketam tu lagi mahallah harganya..


Emm..sedapnya ..Nilah rupa ketam setelah dimasak cili...lagi pedas laagii sedaaappp...Kita bleh masak macam2 ngan adanya ketam nipah ni...Kita bleh masak tomyam,..masak lemak cili api,sup ketam,mee kuah ketam dan goreng pon sodaap...
Hari ni menu tgh hari Ummi adalah Ketam Goreng Cili seperti gambaq di atas tu...
Kalau sesiapa yg ingin mencubanya ,..inilah resepinya:

Bhn2nya:
1)cili kering (agak2...lagi byk lg pedas)
2)bawang besar
3)bawang putih
4)serai (kalau tak mau boh pun tak pa)
5)sedikit garam & gula sebagai perasa..
6)sebiji telur

Caranya;
- Blend kesemua bhn di atas kecuali telur, garam dan gula
- Tumis bhn yg tlh diblend
- Masak sehingga garing...baru ltk garam dan gula
- Kemudian letakkan ketam2 nipah yg telah dibersihkan..(ketam tu nak dikerat 2 pun bleh,..kalau tak mau kerat pun tak apa)
- Kacau sehingga semua cili tu berpalut kat ketam tu
- Kemudian letakkan sebiji telur yg telah dikacau ke dalam ketam tadi dan dikacau sehingga kuahnya berpalut dan melekat kat ketam tu..
- Last hias ngan hirisan bawang besaq...
* telur tu bergantung kepada berapa byknya ketam,..kalau byk...ltk la 2 biji telur...
SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular posts from this blog

Petang tadi pekena pengat pisang..

Homemade mulberry kordial...

Kerabu sardin pembuka selera..