Ku lihat hijau...



Salam sahabat2

Hari ni Ummi tak tau nak buat entry apa dlm blog ni...tp tgn rasa nak tulih ja...nak tulih apa ekk..Haa...Ummi ingat nak share info ni ngan anda lah..info mengenai daun2 hijau yg kerap gak kita guna dlm masakan...Ummi ni tak habih ngan masak ja ye...Yalah,..Ummi ni mmg minat apa shj yg ada kaitan ngan memasak ni..tak kira la petua ka,..resepi2 baru ka,..pantang larang ka...dan mcm2 lagi lah...
Dlm kebanyakan masakan Melayu,..kita byk pakai daun kunyit,daun kari,daun pandan dan daun saderi...Daun2 ni adalah sebagai penambah aroma dan rasa dlm setiap masakan.adakah anda kenal daun2 ni..????



Pokok Kunyit

Pokok kunyit hidup subur di kawasan lapang dan terdedah ngan cahaya matahari.Ketinggian pokok ni boleh melebihi dr 1 meter dan ubinya kunyit bewarna kuning,sedikit bersisik,berbentuk memanjang dan berjejari.daunnya bewarna hijau berbentuk bujur dan meruncing di hujungnya,licin dan mempunyai tangkai yg panjang.Pokok ni pun mengeluarkan bunga di celah2 daun muda...Utk pengetahuan semua,..bunganya pun boleh dimakan..Sedap dibuat ulam.Daun kunyit digunakan di dlm masakan utk memberi aroma dlm masakan seperti rendang,ikan bakar,daging bakar ,gulai dan lain.Ubinya pula memberi warna kekuningan kepada masakan.Dlm perubatan pula kunyit digunakan sebagai antioksidan,antibakteria,antiradang dan antikanser.Kunyit boleh menyembuhkan luka di dlm badan,mengecutkan peranakan bagi wanita yg baru bersalin,membersihkan dan menghalang pembekuan darah.Di kalangan masyarakat India,kunyit digunakan di dlm mencantikkan wajah dan kulit.



Pokok Saderi

Daun saderi juga dikenali sebagai daun sup.Ia merupakan sayur yg berbatang lembut dan kaya ngan zat besi,fosforus,natrium,kalium,karotena,vitamin A,B komplek dan C.Daun saderi ni memberi penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.Caranya adalah dgn memasukkan sedikit daun saderi yg dipotong kecil2 dan ditumbuk halus bersama dgn sedikit air dan gula.Seelok2nya minum 3X sehari utk keberkesanan.Saderijugak dpt mengubati keracunan yg berpunca drpd jangkitan bakteria.



Pokok Pandan

Daun pandan mepunyai berbagai2 kegunaan dlm penyediaan makanan.Terutamanya makanan tradisional masyarakat Melayu.Daunnya digunakan sebagai pewarna,pewangi serta pembangkit selera.Ekstraknya digunakan di dlm pembuatan roti,kek,biskut dan kuih muih.Daun pandan juga digunakan di dlm segi perubatan.Khasiatnya digunakan dlm merawat penyakit demam campak dan berkesan dlm pengubatan penyakit gonorea,sifillis,denggi dan anaemia.Bagi wanita yg baru bersalin,daun pandan digunakan utk mandian,..Ia akan menyegarkan dan mengharumkan tubuh badan.



Pokok Kari

Pokok kari sejenis pokok renek.Biasanya ia ditanam di halaman rumah.Kegunaannya adalah sebagai rempah dlm masakan terutamanya dlm masakan kari/gulai.Daunnya mengeluarkan aroma yg kuat dan rasanya pahit.Bagi masyarakat India,daun kari digunakan dlm msakan seperti rasam,chutney,maruku dan sebagainya.Bagi masyarakat Melayu,pucuknya digunakan sebagai ulaman,...


....SELAMAT MEMBACA....



Comments

Popular posts from this blog

Petang tadi pekena pengat pisang..

Homemade mulberry kordial...

Kerabu sardin pembuka selera..