Eeee...masamnya..

ni la pokok Asam Renda yg ada di depan umah Ummi

nampak tak?? kat pokok ni pun burung buat sarang...

ni lah buah nya masa masih muda...

macam buah anggur kan...

ni lah rupanya buahnya bila masak ranum

Ahlan wasahlan,...

Ummi ni fulltime housewife...jadi byk la masa Ummi di umah...tambah2 la ni baru mula berblogging...apa lagi..asyik2 nak entry ja post2 baru....Jgn jemu ekk ngan blog Ummi...Ummi harap ngan entry yg Ummi post ni byk beri pengetahuan buat semua mahu pun untuk diri Ummi sendiri...Dlm blog Ummi ni ...Ummi nak kongsi la ngan sahabat2 Ummi aktiviti2 yg Ummi suka buat...salah satunya adalah gardening....Hari tu Ummi ada post kan gambaq pokok mulbery dan pokok limau kasturi kann....Jadi ni the next pokok yg Ummi sayang...Pokok ni mmg payah dah nak dpt..Dulu2 di kampung byk la..sekarang kat kampung payah nak cari..Org zaman sekarang pun tak tau apa nama pokok ni kalau terjumpa kat mana2...Tu sbb Ummi sayang..kalau bleh Ummi ni nak tanam la pokok2 yg susah nak dpt di zaman ini...
Pokok yg Ummi maksudkan adalah pokok spt diatas tu...POKOK ASAM RENDA...emm nama dia pun sempoi kan....Pokok ni menghasilkan buah2 yg seperti buah anggur bentuknya...Buahnya rasa kelat dan masam jika ia masih muda tapi akan masam berwarna hitam dan masam bila dah masak ranum...Bila buah ni dah masak ranum,..ia akan mengeluarkan warna merah yg ang2 bila dipicit mcm buah keriang....tapi buah keriang manis rasanya tp buah ni ya Allah,...maaasammm....
Pokoknya penuh ngan duri di ranting2nya...mmg berdurilah pokok ni....tak la tinggi sgt pokok ni...tp cantik mata memandang...Mak Ummi kata buah ni sesuai la kalau nak buat jeruk...Hari tu adalah anak Ummi,..si Faris kutip buah ni...masa tu mmg byk sungguh buahnya,..mungkin Faris geram kut lalu dikutipnya...Ummi tak tau nak buat apa...jd Mak Ummi buat la jeruk...Mmg jadi jeruk tu...kemasamannya ternyata hilang bila dah dijerukkan...emm suka la Faris..
Dulu masa pregnant kat Damia,..Ummi skit pun tak teringin ngan buah ni...tp bg sesiapa yg teringin tu...mai la umah Ummi...ambik ja Ummi tak kisah...
Ok la,...sampai sinilah crita pasai Asam renda...nnti Ummi post plak pokok yg lain plak k....

Comments

  1. Di rumah saya dulu ada. Dulu saya dok Mergong. Buah pokok tu memang saya selaly wat jeruk je sbb mmg tak tau nak buat apa dengan buahnya yg banyak tu. Kalau yang masak ranum, anak-anak jiran suka petik pastu baling kat orang.

    Tapi, skang sy dah tak duk situ. Suma dah pindah. So, tatau le apa jadi ngan pokok tu. Harap2 masih berbuah lagi.

    Sekian cerita saya.

    ReplyDelete
  2. Nak bagi nasehat yer boleh kan....

    1)penulisan biar teratur.klu boleh cara buat 'paragraph' tu biar sedap mata memandang.
    2)Biasanya orang guna yang susunan teks sama rata kiri dan kanan(justify full).
    3)Pastu widget2 yg tak penting elok dibuangkan.macam slideshow tue.
    4)blog ni xda lagu.tu dah kira okay la tu.
    5)pastu lagi best pembacaan kalau tulis sket teks then selit gambar. Bukan gambar bersusun2 then teks panjang. Macam saya ni sekali post memang panjang jd nak elak bosan @ readers lari selit gambar2 menarik. Gambar dlm2 ni dah menarik dah cuma cara persembahkan x kena.
    6)buang verification word kat komen. G kat setting klik comment then cari verification word. kat situ klik no.benda ni hanya menyusahkan.

    Tu je la kot nak tegur. Maaf yer kalau terasa @ marah. Saya ni memang suka tegur klu ada yg x sesuai dilihat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerabu sardin pembuka selera..

Homemade mulberry kordial...

Petang tadi pekena pengat pisang..