Delicious..



Salam semua,..

Anda suka dgn coklat/koko.???Bagi Ummi apa jenis menu yg berasaskan coklat menjadi kegemaran dan pilihan Ummi.Begitu juga bagi anak2 Ummi...Tambah2 lagi kalau kek coklat atau aiskrim koko...emmm sedaap...Biskut yg ada filling coklat lagi menyelerakan kalau dicicah plak ngan milo panas...


Melalui pembacaan Ummi dilaman Web Lembaga Koko Malaysia,coklat diklasifikasikan coklat tulin atau coklat kompaun.Coklat tulin mestilah mengandungi tdk kurang drpd 5% lemak sayuran.manakala bagi coklat yg digunakan sebagai salutan utk biskut,konfeksyeneri atau produk coklat yg lain mestilah tdk kurang drpd 12% likur koko.Maka dgn itu bagi coklat2 yg tak memenuhi kriteria di atas di panggil coklat kompaun.


Coklat boleh dirujuk kepada 3 jenis coklat iaitu coklat susu,coklat putih dan coklat kosong.Utk pengetahuan semua coklat adalah makanan berkhasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif.Di bawah ni Ummi sertakan khasiat yg terdapat di dlm coklat susu dan coklat putih..

NILAI PEMAKANAN COKLAT PUTIH DAN COKLAT SUSU
Kandungan Zat 8oz. Gelas (atau ½)

ZATCOKLAT PUTIHCOKLAT SUSU
Kalori168205
Protein gms.8.57.0
Kalsium gm.0.200.26
Fosforus0.220.22
Vitamin A I.U.375338
Tiamin mg.0.080.07
Riboflavin mg.0.410.37
Niasin mg.0.210.25

Sumber : Persatuan Pengilang Coklat



Coklat merupakan makanan yg kaya ngan sumber 2 tenaga.Di bawah ni menunjukan peratusan tenaga yg terdapat di dalam coklat.

Peratus Tenaga Dari Protin, Lemak Dan Karbohidrat Dalam Coklat Susu Dan Tanpa Susu

Jenis
% Sumbangan Tenaga
ProteinLemakKarbohidrat
Coklat Kosong4%57%39%
Coklat Susu7%52%41%
Coklat Putih5%51%43%


Ummi pun nak kasi lah fakta2 dan mitos2 yg kita perlu tahu mengenai coklat :

MITOS
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%; Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.

MITOS
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurangMYTHdaripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

MITOS
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns.coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.

MITOS
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.


Sebab apa Ummi ni cerita sangat pasal coklat ya.???Sebenaqnya hari ni Ummi ada buat muffin coklat..Ini mmg favourite Ummi ngan anak2 Ummi.Nak buatnya pun senang.Ummi kukus ja muffin ni..sebab ia lagi sedap,lembut dan lembab.Nak ke resepinya...Ok la..Ummi kasi resepinya seperti di bwh :

Inilah rupanya muffin sebelum dihias



Dan inilah rupa muffin setelah dihias

Bhn2nya:

1)1 3/4 cawan tepung gandum
2)3/4 cawan serbuk koko
3) 1 cawan gula pasir
4)1 sudu kecil soda bikarbonat
5)1 sudu kecil serbuk penaik
6)2 biji telur ayam
7)1 cawan susu cair
8)1 cawan minyak masak / minyak jagung
9)1 cawan air panas
10) sedikit esen vanilla

Cara2nya;

-Masukkan dan campurkan kesemua barang diatas kecuali air panas dan esen vanilla.
- Kacau bahan2 tadi sehingga sebati
- Setelah sebati,baru masukkan air panas dan kacau lagi
- Last sekali masukkan esen vanilla
- Setelah itu masukkan ke dlm kertas cawan.(kalau nak bubuh dlm loyang kek pun bleh gak)
- Kukus sampai masak.


Comments

  1. sedapnyaaa... terliur aihh...

    ReplyDelete
  2. kalau terliuq,..cuba try resepi yg kami post..kami saja post benda2 camni,...nak kongsi ngan semua..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerabu sardin pembuka selera..

Homemade mulberry kordial...

Petang tadi pekena pengat pisang..