Islamic Widget

Followers

copy la..

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Thursday, October 21, 2010

Baking cake again!!!!!!


Salam semua,..

Ptg ni mendung aja kat kawasan tempat tinggal Ummi..Yalah kan..setelah lbh kurang seminggu tak hujan,..tiba2 hujan jugak hari ni....Baru rasa sejuk dan nyaman ..Kalau tidak panas terik sgt...Alhamdulillah...setiap kejadian yg dijadikan Allah itu ada hikmahnya ye....
Malam ni Ummi nak balik ke umah Mak Ummi di Sg.Petani...jadi atas permintaan Mal minggu lps..sudah Ummi tunaikan hari ni dan tunggu ajalah ye Mak...Ina akan bawa blk apa yg Mak minta...
Sebenarnya minggu lps ,..Mak ada minta Ummi buatkan kek sarang lebah...Ummi tak pernahlah cuba buat lagi..takut tak jadi pun ada....yalah kan...takut tak nampak la plak sarang lebahnya..hehehe...Tapi kalau tak cuba masakan akan tahu buat kek ni kan...Ummi ambik resepi ni dari pamplet yg Ummi dpt semasa Ummi bershopping di Tesco masa bulan posa hari tu...Nak try lama dah..ttp tertangguh..Memandangkan Mak dah buat permintaan..jd Ummi cubalah...
Ummi cuba buat ikut step by step dan hati2 plak tu..takut terlepas step tak jadi la plak nanti....
Finally success juga ya cubaan Ummi...Taraa....jadi sudah Kek Sarang Lebah...


Inilah buku resepi yg Ummi dpt semasa shopping hari tu....Mmg menarik resepi2 kat dlmnya..dan nanti pasti Ummi akan cuba resepi yg lain plak..


..Inilah rupa m/suratnya.


Terima kasih ye buat Puan Aida Osman dari Selangor yg menyumbang resepi ini.....


Taraa....inilah rupa Kek Sarang Lebah versi Ummi...Dlm resepi disuruhnya bakar kek ni..ttp Ummi mengukusnya....Ok kan..jadi kan..hehehe..


Rupa kek versi Ummi jarak dekat..nampak tak sarangnya????Jika anda nak cuba resepi ni...kat bwh ni Ummi sertakan resepinya...Selamat Mencuba..

Bahan2nya:
1 cwn gula pasir
1 cwn air panas
2 sudu besar mentega (Ummi guna 2 sudu besar butter)
1 cwn susu pekat manis (Ummi ltk 3/4 cwn aja)
1 cwn tepung naik sendiri / tepung gandum*
2 sudu teh soda bikarbonat*
(*digaul dan diayak)
4 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara2nya:
1) Masukkan gula pasir dlm periuk,masak hingga gula cair dan menjadi perang,tuang air panas sikit demi sikit hingga habis,kacau rata(berhati2 sbb masa tuang air,gula tadi akan memercik)

2) Masukkan mentega/butter,kacau hingga cair dan sejukkan

3) Putar telur hingga kembang dan pekat.Masukkan susu pekat manis,kacau rata.Masukkan tepung,kacau rata dan akhir sekali masukkan adunan no.1 dan juga esen vanilla.Gaul rata dan perap adunan selama 2-3 jam.

4)Tuang dlm tin yg tlh di lengserkan ngan mentega dan alas dasar tin ngan kerajang aluminium,bakar dlm ketuhar yg tlh dipanaskan pd suhu 170 darjah celcius selama 1 jam /hingga masak.Sejukkan sebelum memotong..(Dlm kes ni,..Ummi hanya mengukusnya)

Tuesday, October 19, 2010

Kerja..kerja..kerja...tak habis2 ngan kerja...


Salam semua...

Kembali Ummi di sini...di sini...Hari ni awal la plak Ummi update blog..mau taknya...kheja2 kat umah ni dah beres...termasuklah bab main masak2...hehehe.....Danish dah pi sekolah...cuma nak tunggu Faris la plak balik dr sekolah....Ptg hantaq Faris pi sekolah plak...ermmmm...macam tu lah rutin harian seorang Ummi yg tak bekerja ni....Ni pun kira kerja la jugak kan...Jgn ingat housewife ni tak busy...byk masa lepak la....masa tidoq la....jgn...jgn...Jadi housewife la kerja paling byk...Dok di umah ,kerja tak habis2 sampai la ke malam ..Sebelum tidoq malam pun masih ada kerja....Cuma...housewife ni boleh arrange dan manage time utk buat kerja...Bagi Ummi plak...hari2 Ummi mesti manage setiap kerja tu...masa bila nak basuh kain...sapu sampah...masak...dan macam2 lagi...Kena ada timeline tau....jgn ingat kerja kat ofis aja ada dateline...kerja di rumah pakai timeline lagi...hehehe....
Hari ni Ummi finish kerja utk separuh hari ni lbh awal...Masak pun Ummi dah siap pukul 9.30am tadi....hahaha.....Syiok ooo....dah leh rest sekejap...Ummi masak yg simple 2 aja...Ummi buat Gulai Ikan Sembilang,Ikan Masak Tauchu ngan Buncis Goreng Telur......jadilah kan menu utk lunch sampai dinner hari ni....Yg pastinya...En Hubby blk kerja dpt makan....ye...



Gulai Ikan Sembilang


Ikan Masak Tauchu

Ala resepi2nya mudah aja..Ummi rasa ummi pernah dah kot ltk resepi masak tauchu ni...Utk gulai plak ...buat cam kita buat kari ikan biasa cuma tambahkan daun kesom ngan bunga kantan aja..sebab gulai ikan sembilang mmg kena ltk benda tu ..baru sedap..

Sunday, October 17, 2010

Ingin menjadi isteri yg solehah...??????


Salam,

Ummi baru ja terbaca artikel ni...Ummi rasa ia amat berguna buat kita yg bergelar seorang isteri...Mudah2an ia dpt memberi manfaat buat kita semua....Jgn malas plak nak baca ya...Ummi juga nak say tq la buat empunya artikel ni....kita sharing2 lah ye...barulah ilmu itu berpanjangan dan masing beroleh keberkatan...


Panduan Isteri Solehah

1. Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.

2. Cuba masak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.

3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerja bersendirian pada waktu malam.

4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.

5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.

6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.

7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.

8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.

9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin .

10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.

11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.

12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.

13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.

14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.

15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.

16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.

17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

18. Berkelah bersama pasangan.

19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).

20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.

21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.

22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.

23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.

24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.

25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.

26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.

27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.

28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.

29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.

30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.

31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.

32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.

33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.

34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.

35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.

37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.

38. Jangan cabar pasangan

39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.

40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.

41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.

42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.

43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.

44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.

45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.

46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.

47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.

48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semoga hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .





Tips-tips untuk isteri solehah :

1. Mentaati Perintah Allah s.w.t dengan mengerjakan segala perintah suami dengan kehendak Allah s.w.t

2. Bersikap malu terhadap suami

3. Sentiasa melembutkan percakapan di hadapan suami

4. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami sedang berkata-kata

5. Berdiri tegak sebagai menghormati suami pulang dan perg

i6. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri apabila suami memerlukan

7. Memakai wangi-wangian di hadapan suami (bersolek)

8. Menghiaskan diri untuk suami

9. Tidak berhias dan memakai wangian semasa ketiadaan suami

10. Memelihara mulut dari bau-bauan yang tidak menyenangkan suami

11. Tidak mengkhianati dan melakukan curang terhadap suami semasa ketiadaannya

12. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami

13. Hendaklah bersyukur di atas segala yang disediakan suami

14. Sentiasa bersedia serta rela disentuh suami bila sahaja dikehendakinya

15. Tidak melakukan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami

16. Tidak keluar rumah tanpa kebenaran suami.





Ciri-ciri Isteri Solehah -

- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).

- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami. Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).

- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.

- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin. Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.

Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu.

Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.

- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami. Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).

- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19). Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek.

Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya. Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).

- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.

- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam. Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.

- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai. Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: "Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''


Source : http://sufisalafi.blogspot.com/

http://www.facebook.com/murahjual2


Majlis Berendoi - Kota Kuala Muda ,Sungai Petani (15 Okt 2010)



Assalamualaikum sahabat2 blog Ummi..

Ermmm...dah lama tak bersiaran kan?....Rasa2nya dah lbh kurang 2 minggu...Ntah la..sejak2 kebelakangan ni...malas sunnggoh Ummi nak mengupdate blog Ummi...Nak kata tak ada cerita...tp hari2 mesti ada cerita yg berbeza ..Malas ni dah menghasut Ummi ni..tu yg tak mo nak update blog ni...
Kita lupakan lah kes diatas tu...Ni Ummi nak ceritalah hujung minggu baru2 ni...Hujung minggu lps Ummi blk ke umah Kak Ipar Ummi utk menyambut majlis berendoi buat cucu sulungnya...Jadi,..Ummi pun tak mau lah pi ke sana dgn tgn kosong...at least bawak la apa yg patut kan...kan itu adat org melayu ....mesti bawa buah tgn kalau kita melawat sesiapa pun...Dah tahu kata nak kenduri kan,...jadi Ummi pun sediakan lah muffin koko utk diberi kpd tetamu yg berendoi tu...Ala Ummi buat pun muffin yg simple aja...bolehlah dgn cara Ummi yg tak pernah pun masuk class cake..hehehe....
Ummi buat koko muffin ...lps tu ltk plak cream cheese kat atas tu sebagai toppingnya...Kasi kat depa...so boleh la pack2 dlm packing palstik...
Nak lagi syok mai kita layan gambaq2 kat bawah ni...



Inilah sumbangan Ummi buat Kak Ipar Ummi utk majlis berendoi..Ummi buat lbh kurang 100pcs...



Inilah Che Muhammad Haziq Fitri..cucu sulung Kakak Ipar Ummi..Kiranya Majlis ni mmg majlis dialah..



Buai yg direka khas buat Haziq...



Ummi Haziq yg masih dlm pantang...



Baba Haziq setia menghayun Haziq sepanjang majlis berlansung...



Antara tetamu2 yg hadir dan menjayakan majlis...

Monday, October 4, 2010

Ummi start baking......


Salam sahabat2 Ummi,....

Jumpa lagi ye....Ah hari ni rajinnya Ummi...rajin berbaking la plak...lama dah nak menerai resepi2 yg ummi belek dr blog2 member...Bagus jugak ye kalau rajin berblogwalking...menambahkan rakan dan ilmu...mcm Ummi ni suka la bangat kalau blogwalking blog2 yg ada banyak gambaq masak2..
Hari ni Ummi menerai la buat Green carpet cake...Mudah sangat..tambah2 kalau yg jenis kukus mengukus...lagi la Ummi suka nak buat...senang dan semua suka..En Hubby plak mmg suka kalau makan kek yg dikukus drpd ya dibakar.Katanya..kek kukus ni lagi lembut dan agak basah2..berbeza ngan kek yg dibakar,..kelihatan kering sedikit...Ummi dah pernah buat kek2 yg dibakar...tak dilayan..hampeh....
Resepi Green carpet cake ni ,..Ummi ambik dari blog cik puan ni..(dayang_jack).Terima kasih ye..kerna kongsi2 resepi ni...lain kali nak la try resepi lain plak...boleh ka...Puan Dayang..
Nak tengok hasil Ummi....layannnnn kat bawah ni..






Inilah Green Carpet Cake versi Ummi
Kalau nak cuba....try la buka link blog Puan Dayang ye...ntah Ummi malas plak nak taip resepinya...sorry ye..
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails