Betik @ Papaya....


Salam sahabat,...

Ingat tak semalam Ummi buat sup tulang kan...jadi sini Ummi nak share petua camna nak kasi tulang atau daging tu lembut bila direbus....Caranya senang ja...Ummi suka guna betik muda bila nak rebus daging lembu...betik tu kita buang dulu kulitnya..kemudian kita letak di dalam periuk yang yg hendak kita rebus daging tu...rebus bersama2 ngan daging tu....InsyaAllah lembut la daging tu...Tak lah susah nak rebus lama2 sgt...Bila daging dah lembut...keluarkan saja buah betik tadi....
Selain tu betik ni gak bleh kita guna utk melembutkan ayam kampung...sama gak cam daging lembu/tulang lembu...Ini kalau kita nak buat sup...
Jika hampa2 semua nak buat kari daging /kari ayam kampung pun blh gunakan betik muda ni jugak...bukan sahaja bleh melembutkan isinya tapi ia gak menyedapkan kari tersebut...tambah2 kalau betik muda tu kemerahan ...emmm manis ja kuahnya nnti...jd dah ganti ubi kentang ngan betik dlm kari tu....kan dah berlain skit menunya...kita ubah ubi ngan betik...
Kalau hampa2 semua tak caya cuba esok try masak kari daging ngan betik ni....gerenti lembut lah daging tu...

Comments

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...