Cergas & Sihat sepanjang Ramadhan...



Ketemu lagi..

Dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ni...kesihatan dari segi fizikal,mental dan rohaniah perlu di jaga...Tidak dinafikan meninggalkan rutin makan dan minum membuatkan badan kita kehilangan sumber tenaga,..namun ada cara untuk mengatasinya...
Beberapa tip yg dicadangkan ini boleh diikuti dgn konsisten dan berfikiran positif utk kelihatan cergas sepanjang menjalani ibadah puasa.




Pemakanan yang sesuai ketika bersahur dan berbuka
1)Mulakan dgn buah2an dan juga air kosong.Lagi afdal mengikut sunnah nabi dgn memulakan dgn memakan kurma
2)Kurangkan pengambilan masakan berminyak dan terlalu pedas.Makanan yg mudah hadam adalah amat digalakkan.Amalkan banyak sayur2an dan juga kekacang.
3)Kawal kuantiti makanan yg diambil dan berhentilah setelah perut berasa kenyang.
4)Elakkan sikap suka makan dan minum berselang seli.Kunyah makanan secara perlahan lahan bagi memastikan tdk tercekik.
5)Banyakkan minum air dan memakan buah2an
6)Memadai bersahur dgn buah2an dan susu.




Fizikal & Penampilan
1)Senaman perlu dilakukan namun terpulang kepada kemampuan diri.
2)Memadai dgn senaman ringan.Berjalan kaki dan naik turun tangga juga sudah dikira sebagai satu senaman
3)Senaman yg dilakukan tidak semestinya di luar.Senaman ringan boleh dilakukan di dalam rumah saja jadi tak perlu berpanas.
4)Berpuasa tdk sepatutnya menjadi penghalang utk anda terus bergaya.Serlahkan keanggunan anda tetapi jangan mekap yg keterlaluan.




Mandian
1)Mandi yg terlalu kerap tdk disyorkan kerana dianggap makruh.Namun anda tetap perlu mandi 2x sehari untuk membersihkan diri.
2)Mandian akan menyegarkan tubuh badan sekaligus membuat anda bersemangat menjalani rutin harian.

Comments

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...