Entry yang tertunggak...sorry ya..


Salam sahabat,..

Ummi rasa dah nak masuk 3 hari kot Ummi tak buat entry...Bukannya malas tapi Ummi mmg tak ada di umah masa ni..Ummi bersama2 anak2 balik umah Mak Ummi di Sg Petani...Dah lama jugak Ummi tak blk sana..Seingat2 Ummi last Ummi blk SP pun bulan lps...tu pun awal bulan...Mak ngan Ayah ja rajin mai umah Ummi...Ni Ummi blk sana pun nak hadiri kenduri kesyukuran kat umah Makcik Ummi di sana jugak....
Buat pengetahuan semua...sebenaqnya Ummi ni ada entry yg tertunggak ...Sepatutnya hari tu Ummi nak la..postkan entry ni...tp tak sempat...ya lah sibuk ngan buat kuih utk kenduri tu...jd tangguh sat la dulu...Ni Ummi dah blk umah Ummi...so Ummi nak letak la entry resepi asam pedas rebus dan sup labu air kat sini...Nampak cam simple ja kan entry Ummi ni kan...tapi walau macam mana pun Ummi nak letak jugak...Ummi tak kisah...lantaklah apa org nak cakap..janji entry Ummi ni boleh kasi idea kat sapa2 pun.Jangan marah ya...hehehe...


Asam pedas rebus ikan kembong

Bahan2nya
ikan termenung (kembong)
cabai kering (agak2)-nak pedas bubuh banyak
bawang kecil,bawang putih,
belacan
jintan manis - sikit ja
serai - sebatang pun jadi lah..
daun kesum
asam keping - ikut citarasa sendiri..kalau nak masam ltklah byk...
bendi -sebagai hiasan..
garam dan gula sebagai perasa

Cara2nya
-tumbuk cabai kering,belacan,bawang merah,bawang putih ngan jintan manis sehingga lumat
-kemudian letakkan kedalam periuk bersama2 ngan air
-letakkan asam keping dan serai yg tlh ditindik.
-rebus naik.
-bila dah mendidih,..barulah letakkan ikan,bendi dan daun kesum..kalau nak letak bunga kantan pun boleh
-last letakkan garam dan sedikit gula sebagai perasa.



Sayur rebus labu air

Bahan2nya
sayur labu air - dibuang kulit dan dipotong kecil
bawang merah dan 1 ulas bawang putih - dihiris
so'oon - 1 bungkus..kalau suka byk letaklah lebih
fish ball - sebungkus
garam sebagai perasa.

Cara2nya
-tumiskan hirisan bawang tadi
-kemudian letakkan air
-setelah mendidih,..barulah letakkan fish ball dan potongan sayur tadi
-kemudian letakkan garam
-last baru letakkan so'oon..ummi suka letak last supaya ia tak hancur.

...SELAMAT MENCUBA...

Comments

Popular posts from this blog

Kerabu sardin pembuka selera..

Homemade mulberry kordial...

Petang tadi pekena pengat pisang..