Buat kaum Adam....usahakanlah...


Salam sahabat2 blog Ummi...

Ummi nak share ngan semua ttg makanan wajib buat lelaki...Ummi pun tak sangka la plak ...lelaki ni pun ada makanan wajib...Itulah yg Ummi baca dr sebuah majalah yg mengatakan lelaki ni ada 7 makanan wajibnya...
Maknanya...dlm diet kaum Adam ni kena adalah 7 jenis makanan itu.Ia penting utk meningkatkan kesihatan serta melindungi kaum lelaki drpd penyakit yg merbahaya.Jika ada di antara 7 jenis makanan ni yg tak disukai oleh kaum lelaki maka terpaksalah buat2 suka ya...kalau tak...penyakit sukalah nak hinggap kat anda wahai ayah2,..abg2..adik2...
7 makanan wajib buat lelaki ialah seperti:


TIRAM

Tiram ni kaya ngan zink yg diperlukan utk pertumbuhan sel2.Zink yg cukup dpt melindungi drpd kerosakan sel yg boleh menyebabkan kanser prostat.Zink juga boleh meningkatkan jumlah sperma dan fungsi seksual pd sistem reproduktif lelaki.



PISANG

Buah ni kaya ngan potassium.Ia berguna utk menambahkan tenaga,mengawal tekanan,mengurangkan risiko strok,meningkatkan imunisasi,bantu membentuk sel2 darah merah,menstabilkan sistem tekanan/gemuruh dan meningkatkan metabolisme badan.Kalau tak suka makan pisang,..gantilah ngan jus oren,susu,tomato dan buah yg kaya ngan potasium.



LEMAK IKAN

Ia memberi kelebihan kpd jantung,aliran darah,sistem imunisasi dan mengurangkan risiko kanser prostat.Ia mempunyai sumber vitamin D.Ia juga dpt mengelakkan dan mengurangkan risiko diabetis jenis 2,tekanan darah tinggi dan penyakit tulang.



SAYURAN MERAH JINGGA

Sayuran jenis ni mengandungi antioksidan yg dpt membantu mengekalkan kesihatan kulit dan dpt melindungi dr sinaran matahari.Mengandungi vitamin c yg baik utk menghasilkan kolagen manakala beta carotene sebagai vitamin A bertindak memulihkan sel2 kulit yg rosak.

BIJIRAN

Bijiran dpt membantu dlm meningkatkan kesihatan jantung dan pertumbuhan otot.Misalnya oat dan barli.Keduanya kaya dgn fiber dan penuh ngan vitamin B yg mengurangkan LDL/kolesterol.Pengambilan fiber dan air kosong secara kerap juga dpt mengurangkan masalah pencernaan.



BROKOLI

Sayuran drpd jenis bebunga.Ia dpt melindungi pemakannya drpd penyakit jantung dan kanser.Ia juga dpt mengurangkan tahap homocycteine,asid amino dan peningkatan risiko jantung dan strok.Selain drpd brokoli,anda boleh jugak makan seperti kobis,bok choy,bunga kobis dan brussels.



SOYA

Pengambilan produk yg berasaskan soya dpt melindungi kesihatan prostat kaum lelaki.Memakan soya sebyk 25gm setiap hari dpt membantu merendahkan paras kolesterol serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerabu sardin pembuka selera..

Homemade mulberry kordial...

Petang tadi pekena pengat pisang..