Nasib baik jadiii jugak.....


Salam kengkawan....

Nak buat entry apa ya hari ni...Ok la...Ummi sebenaqnya happy la sgt hari ni sbb apa yg Ummi nak try buat dah jadi ....Tu pun tawakkal la jugak...takut tak jadi..tp alhamdulillah jadi lah jugak...Apa yg jadi2 ni ya????....Emmm sebenaqnya hari ni Ummi try buat mini pizza sendiri..dah lama dah Ummi nak buat tp takut tak jadi(emm dok jadi tak jadi)..Memandangkan anak Ummi si Faris nak gak mkn pizza...so kenalah buat....Nasib baiklah ada majalah Keluarga yg boleh bagi tip/resepi utk buat pizza..Tu pun Ummi tak ikut 100% resepi tersebut...Ummi ada menokok tambah gak resepi ni...(kira cam creative la gak)
Anak2 Ummi termasuklah En.hubby mmg suka ngan pizza...Maka sebagai Ummi yg tak bekerja,..kena lah rajin2kan diri utk belajaq sediakan apa yg anak2 dan En.hubby suka dan minat....Nasib baik la Ummi ni mmg minat jugak2 ngan cooking ni....Lagiii lah nak try menerai...
Apa kata lps ni sahabat2 Ummi try pulak...InsyaAllah jadi...Kalau tak jadi ...try la lagi...hehehe...

Bahan2 utk doh roti;
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh bread softener
11gm yis mauripan (sepeket ja)
1 1/2 cawan air suam
60gm mentega/butter (alah agak2 2 sudu besar)
1 biji telur (Ummi bubuh ...nak bagi lembut,..kalau tak bubuh rasa2nya boleh kot)

Caranya:
Gaul semua bhn diatas kecuali air,mentega ngan telur.Gaul bagi sebati.Lepas tu baru masukkan butter,air suam ngan telur.Kalau rasa cam lembik ja doh tu,...tambahlah sikit tepung gandum...Kemudian biarkan dlm 1/2 - 1 jam.Bagi doh ni naik ...

Bahan2 utk intinya:
1 biji bawang besar di potong halus2
1 ulas bawang putih dipotog halus (kalau tak mau pun tak apa)
4 keping daging burger (dicincang2 dahulu)
2 biji telur (buatkan telur hancur)
1 mangkuk (kecil) sayur campur
2 sudu besar rempah daging
sedikit garam dan gula sebagai perasa
sedikit perahan air limau(tak mau pun gtak apa)




Hiasannya: (ikut sendiri2 lah ya)
Hirisan sosej
Hirisan tomato
Mozarella cheese
Cili sos

Caranya:
Tumiskan bawang yg dipotong halus2 tadi sehingga naik bau.Kemudian masukkan daging burger yg dicincang tadi bersama sama ngan telur hancur tersebut.Lepas tu masukkan rempah daging.Gaul sehingga sebati dan naik wangi..(masaklah kiranya).Kemudian masukkan sayuran campur dan perasa.gaul lagi sehingga masak..




Lastly:
Canai doh tersebut ikut besar mana nak buat.Kalau nak buat mini pizza,jadi kecillah saja canainya.Kemudian sapukan sos cili di atasnya..lepas tu letakkan intinya,sedikit sosej,hirisan tomato.Sapu pulak sos cili diatasnya.Last letaklah hirisan mozarella cheese bg mengenakkan lagi pizza tersebut. Bakar dlm suhu 200 darjah celcius selama lebih kurang 15-20minit.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petang tadi pekena pengat pisang..

Homemade mulberry kordial...

Kerabu sardin pembuka selera..