Ikan pon sodap...


Salam...

Entry hari ni sebenaqnya Ummi nak letak dah semalam,..tp terlupa la plak..tambah plak Ummi tak upload lg picnya dlm lappy...so tertunda la entry kelmarin ke hari ni...Kelmarin En Hubby teringin nak makan rendang,...tp tak mau la makan rendang daging atau ayam..sebab Ummi rasa cemuih(jemu) la,,asyik2 makan ayam ngan daging aja...Ummi rasa bulan ni saja family Ummi dah 3X makan ayam ngan daging....betulll...Jadi En Hubby bagi la cadangan,.."apakata kita buat rendang ikan..."
Ummi pun rasa ...bolehka buat rendang ikan,...sedap ka...??????Tapi kalau nak mencuba tak salah kan..Dengan niat ingin mencuba,..Ummi try la buat rendang ikan tenggiri...




Bahan2nya:
-4 ketul ikan tenggiri
-cili kering
-1 ulas bawang besar
-1 ulas bawang putih
-1/2 inci halia
-1/2 inci kunyit hidup
-2 batang serai
-1 cawan santan pekat
-1 sudu besar kerisik
-1 keping asam keping / air asam jawa
-garam & gula
-hirisan daun kunyit (sebagai hiasan dan pemberi aroma rendang)




Caranya:
-First sekali ..goreng ikan tenggiri tersebut.Letak tepi dulu.
-Blend kesemua bahan kecuali ikan,asam keping,santan dan kerisik.
-Tumiskan bahan blend tadi.
-Masak sehingga cili menjadi garing dan masukkan asam keping utk mengurangkan kepedasan
-Setelah cili sudah masak dan garing,..barulah masukkan ikan tadi, santan dan kerisik.
-Kacau sehingga sebati.Kalau agak kering,..tambahkan sedikit air.
-Kemudian masukkan garam dan gula sebagai perasa.
-Masak sehingga agak2 kering atau kuahnya berpalut kat ikan tersebut
-Last baru masukkan hirisan daun kunyit.

Bila dah masak,..makan plak ngan nasi panas2,..ermm sedaap...Sedap gak ya kalau ikan pun dibuat rendang,..Kalau tak caya,..cuba try...

SELAMAT MENCUBA

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerabu sardin pembuka selera..

Homemade mulberry kordial...

Petang tadi pekena pengat pisang..