Mari kita bercucuk tanam...


Salam semua,..

Semalam Ummi tak bersiaran lansung kat sini...Bukannya apa ya sahabat2,...streamyx buat hal la plak....slow melow sungguh semalam...Rasa malas teramatlah sebab on ja....lambat Ya Allah Ya Rabbi ja yg tau....Last2 Ummi tutup ...baru padan muka Ummi..
Walau macam mana pun Ummi tak mau la,..entry ni menjadi simpanan aja...Ummi nak lah hebahkan (cewah,...mcmlah best sgt entry ni)...tp mmg pun berguna buat penggemar pokok bunga...Ummi nak kasi lah tip2 untuk mengekalkan kesuburan tanaman kita...
Tanaman akan kekal subur dan menghijau jika rutin penjagaan serta penyelengaraan diberi perhatian.Penggunaan baja dan jadual siraman yg sesuai antara langkah terbaik memastikan tanaman sentiasa segar bugar.


Gambar ni bukan kat umah Ummi ya,..tp teringin nak macam ni..

Tip2 nya adalah seperti berikut:

1)Baja kompas yg berasaskan tulang ikan dan kulit udang.Langkahnya dgn menumbuk bhn kompas berkenaan hingga lumat sebelum dikeringkan.Taburkan baja kompas ni sebyk 2X seminggu.Sungkup / gemburkan baja kompas yg ditabur pd permukaan tanah bg membantu mikro organisma tanah menyerap penyerapan bhn berkenaan.Baja ini dikatakan sesuai untuk tanaman bunga ros

2)Air cucian beras juga sesuai dijadikan bahan siraman pokok bunga.Ia membantu menggalakkan tanaman berbunga lebat dan menyerlahkan variasi warna menarik.

3)Air basuhan ikan yg disiram pada tanaman pula berupaya menyuburkan tanaman.Ini adalah kerana unsur kandungan dlm organ ikan itu memberi kesan positif kpd tanaman.

4)Air rendaman kulit bawang sama ada bawang putih / bawang merah boleh juga dugunakan.Ia dikatakan dapat menghasilkan pucuk baru dan bunga subur dgn langkah mudah iaitu merendam kulit bawang semalaman di dlm air.Air itu disiram pada tanaman tanpa membuang kulit bawang tersebut.

5)Serbuk teh dan kopi juga dikatakan dpt membantu menyuburkan tanaman.Caranya dgn menaburkan ia di sekeliling pangkal pokok.

6)Serbuk kayu juga boleh dimanfaatkan utk menyuburkan tanaman.Gaul bersama2 dgn tanah dan gaul hingga rata barulah ditanam di sekeliling tanaman .







Ni barulah kat umah Ummi..Cantik ka???? kena buat lagi improvement ni..Ya lah..ni semua Ummi yg tanam...

Buat pengetahuan semua,..petua2 di atas sesuai untuk tanaman di dlm pasu atau tanaman di atas tanah...Ummi pun rasa nak try la petua2 kat atas ni...Sebelum ni Ummi hanya menggunakan baja kompas yg di beli di kedai aja....Bukannya Ummi tak boleh buat tp ya lah kann,...sifat malas tu tak mau kikis...tip2 yg diberi ni bukannya mahal mana pun,...mmg hari2 kita guna..Mau ngan tak mau aja kan...
Petua2 ni pun Ummi ambik dr petikan dlm newspaper Metro....Tq Metro..

Comments

Popular posts from this blog

Petang tadi pekena pengat pisang..

Homemade mulberry kordial...

Kerabu sardin pembuka selera..