Hikmah Puasa pada Kesihatan



Salam semua,...

Tak lama dah tau kita semua umat Islam akan menyambut Ramadhan...Tak sabaq sangat2...mmg tertunggu2 sgt saat ni..Mcm mana dgn anda semua....Tapi ada diantara kita ..tiba aja bulan Ramadhan ...mulalah nak buat perangai...yg tak pernah sakit gastrik...bulan Ramadhan lah..akan timbul penyakit tu...Bermacam alasan akan diberi bila tiba bulan mulia ni...Tak baik tau berlakon tak sihat di bulan Ramadhan....nanti sakit betul2 baru tau...Sebenarnya,..kita perlu tahu bahawa puasa ni banyak mendatangkan kebaikan terhadap kesihatan tubuh badan kita..Ini semua telah terbukti....
Penyakit boleh menyerang sekiranya kita mengamalkan corak dan gaya pemakanan yg kurang sesuai semasa bersahur atau berbuka puasa.Masalah akan timbul jika kita;

- makan dan terus makan tanpa kawalan ketika bersahur dan berbuka puasa.
- makan sepanjang malam,kurang minum air dan terus tidur sejurus kenyang.
- makan terlalu banyak daging terutama bagi mereka myang menghidap alahan,gaut dan batu karang




Melalui pembacaan Ummi,..manusia normal boleh tahan puasa antara 50 - 75 hari berturut2.Ini adalah hasil kajian oleh pensyarah Psikologi dr University of Chicago iaitu Prof. A.J Carlson.Menurut kajian beliau,berpuasa boleh memberi ruang proses detoksifikasi berjalan...Proses ini adalah utk membuang toksin2 yg terkumpul di dlm badan kita.Semasa proses ini berlaku,badan dpt mengkoordinasikan bahan kimia dan mengurangkan toksin sekali gus meningkatkan lagi fungsi setiap sel..Kajian juga mengatakan berpuasa mampu membantu seseorang mengurangkan berat badan jika melakukan sekurang2nya 20 hari berturut2...Maka conclusi Ummi...puasa ni serupa kita pi servis keta lah kan..kita servis badan utk memantapkan lagi dan menyihatkan lagi tubuh badan...




Kajian2:

Hari pertama & kedua
-badan rasa letih dan mudah naik angin
-perut pula terasa amat lapar
-ini semua wujud sebab kadar glukosa yg rendah dlm darah.

Hari ke3 hingga 14
-ini adalah fasa kedua.
-memberi impak kurang menyenangkan kerana nafas akan berbau,badan semakin lesu,lidah menjadi putih dan kurang selera makan.
-keadaan ini tdk akan berterusan kerana tenaga akan pulih setelah berbuka puasa

Hari ke15 hingga selesai puasa
-ini adalah fasa ketiga
-keadaan kita akan kembali normal seperti asal
-selera makan bukan saja bertambah baik bahkan lidah juga bersih dan tdk berbau lagi.
-tenaga akan kembali pulih dan kadar glukosa akan kembali normal
-fizikal dan mental juga menjadi semakin optimum bagaikan mendapat semangat baru




Kesan2 keatas psikologi dan fisiologi
-psikologi - seseorang itu akan menjadi lebih penyabar dan tenang .(ini adalah kesan dari kadar glukosa di dalam darah menjadi semakin stabil)
-fisiologi- dapat membantu merendahkan kolesterol,paras gula dan tekanan darah sistolik.
- dapat merawat penyakit obesity,hipertensi dan diabetes

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...