Marhaban Yaa Ramadhan....



Ahlan wasahlan ...

Tak lama dah kita nak sambut Ramadhan...tak sabaq rasanya...InsyaAllah mungkin Ramadhan tahun ni akan Ummi tempuhi....Ya lah kan Ramadhan pun lagi 23 hari lagi...Di bulan Ramadhan ni lah kita semua umat Islam diwajibkan berpuasa.Berpuasa bukanlah penghalang bagi kita utk meneruskan rutin harian kita...Jadi kita kenalah bersiap sedia dr segi mental dan fizikal agar tubuh badan kita akan kekal bertenaga sepanjang masa...InsyaAllah...
Apa yg membezakan bulan puasa ngan bulan2 lain ialah jadual pemakanannya sahaja bertukar pd sebelum subuh dan selepas maghrib.Ini tidak bermaksud anda tidak makan lansung ...
Terdapat 2 perkara yg harus kita ambil tahu iaitu masa bersahur dan masa berbuka puasa.Haruslah kita ingat pengambilan makanan yg seimbang penting utk mengekalkan kecergasan tubuh kita sepanjang kita berpuasa.Kita kena pastikan makanan2 yg diambil mengandungi protien,karbohidrat,lemak,serat,vitamin2 dan pelbagai khasiat lain.
Jadi kat bwh ni Ummi titipkan tips2 utk bersahur dan berbuka ...



Tip bersahur
1)Makan makanan yg masih panas kerana ia memudahkan pencernaan.

2)Lebihkan pengambilan sayur2an dan buah2an kerana ia merupakan sumber vitamin dan mineral yg dpt memberi kecergasan badan.Perut kita pun akan kenyang dlm jangkamasa yg panjang.

3)Pastikan makan secara berpada2,iaitu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit,..Yakni sederhana.Makan perlahan2 dan sedikit demi sedikit.Yg penting perut terisi.

4)Digalakkan mengakhiri hidangan sahur dgn segelas susu.Ia dapat memberi tubuh keperluan nutrisi yg lengkap bg menjalankan aktiviti harian.



Tip berbuka
1)Mulakan dgn makanan yg manis utk tujuan mengembalikan tenaga.Elakkan air sejuk bagi mengelakkan kembung perut.

2)Banyakkan meminum air kosong sepertimana yg kita ketahui kita memerlukan 8 gelas air setiap hari.Ia mengelakkan badan kita dr kepenatan disamping menjaga kecantikkan kulit.

3)Seelok-eloknya makan selepas solat terawih.Ia bagi memastikan perut tdk terkejut dgn makanan yg diambil...




Ummi harap tips kat atas ni berguna buat kita,...Jadi in advance Ummi nak ucapkan Marhaban Ya Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat semua sahabat2 Ummi.
Last Ummi titipkan kat bawah ni niat puasa Ramadhan bg sesiapa yg rasa2nya dah terlupa nak bacanya...




WASSALAM

Comments

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...