Dah seminggu kita puasa...


Salam,...

Hari ni cukup sudah seminggu kita berpuasa...rasa macam baru semalam aja kita mula berpuasa.Masa berjalan ngan cepat sgt ye...Bagi anak2 Ummi plak,..seronok le..sbb depa cakap ada lagi 3 minggu nak berpuasa...lps tu raya...Anak2 mmg syok la..tp bg ibu2 cam Ummi ni rasa mcm tak sempat ja...macam2 nak kena buat sebelum nak sambut hari raya...
Kita lupakan lah pasal benda tu,... lagi pun bukan nak raya lagi kan...hari ni Ummi nak ltk entry juadah berbuka Ummi n family pada hari ke 7 ramadhan ni.



Ikan Bawal Goreng Sweet Sour.
*sorry ye,..tak nampak plak ikannya....dibanjiri ngan kuah la plak.
Nak ke resepi nya...maluu la..ummi ni bukannya pro sgt tp ambik lah...

Bahan2nya:
2 ekor Ikan bawal - digoreng garing2

Bahan2 utk kuahnya;
5 biji cili merah - dibuang bijinya
5 biji cili kering
1 labu bawang besar
1-2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
(*semua bahan di atas dimesin)
1 kpg asam keping
2 sudu besar sos tomato
garam dan gula
1 biji tomato - dihiris
1 labu bawang besar - dibelah 6
daun bawang dan daun saderi - sebagai hiasan

Cara2nya :
Tumiskan bahan2 yg telah dimesin.
Masak sehingga cili tu garing.Kemudian masukkan asam keping.
Selepas itu masukkan sos tomato dan kacau rata.
Kemudian ltkkan garam, gula,tomato dan hirisan bawang dan kacau lagi.
Last tuangkan kuah keatas ikan goreng tadi dan taburkan hirisan daun bawang dan daun saderi diatasnya.



Sardine Puff
Ummi tak sangka la plak hari ni Ummi buat dish yg sama ngan Cik Mat Gebu.Sorry ye CMG..Ummi tak ciplak ....Resepi Ummi ni simple2 aja...ropa sardine puff ni tak la secantik yg CMG buatkan...Anyway..nnti nak try la jugak resepi CMG...boleh kan...

Bahan2nya (inti):
1 tin besar Sardine (ikut suka jenama apa yg nak pakai)
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 biji cili mewrah - dipotong halus2
sedikit garam
1 biji limau nipis - ambil airnya

Bahan (kulit);
1 peket pastry puff (jenama KAWAN)

Cara2nya:
(Intinya):Isi sardine di lenyek dahulu.Kemudian masukkan bawang besar,hirisan cili merah dan garam.Ambil sedikit sos yg ada dlm sardine tadi.Kemudian gaul rata dan last masukkan air limau nipis.
(Kulitnya):1 keping pastry puff di kerat 2.Jadi dlm satu peket ada 10 kpg,..maka boleh la dpt 20 keping.Kemudian ltkkan intinya dan lipat kulit tu.Ambil garfu utk lekatkan tepi kulit pastry tadi.Kelar skit kat atas pastry tadi dan sapu ngan kuning telur yg tlh dicampur ngan skit susu.Kemudian bakar sehingga masak.


Kerabu Seafood dan Suun

Bahan2nya:
2 peket suun (yg harga 50 sen) - direndam dan kemudiannya dicelur lembut
5 ekor sotong - direbus dan dihiris halus
sedikit udang kecil - direbus
1 biji tomato - dibuang biji dan dihiris halus
1 labu bawang besar - dihiris halus
1 bunga kunyit - dihiris halus
1 bunga kantan - dihiris halus
6 biji cili padi - dihiris halus
sedikit garam
sedikit gula
3 biji limau kasturi - diambil jusnya

Cara2nya ;
Gaul kesemua bahan sehingga sama rata.Last baru letakkan jus limau kasturi dan gaul lagi.Sedia dihidang.


Cendawan goreng Tempura
Nak buatnya senang aja.Beli tepung tempura cap NONA.Tepungnya hanya dibancuh ngan air aja..tak yah celup2 ngan telur.Ambil cendawan celup dlm tepung yg dibancuh dan deep fry...Sonang kan..Budak umur 12thn pun tau buat...

....SELAMAT MENCUBA...

Comments

  1. banyaknya.. tadi saya nasi kerabu saja..

    ReplyDelete
  2. hari ni Ummi ada tamu...Mak ngan Ayah Ummi mai umah....

    ReplyDelete
  3. salam ummii..waah..sedap nampak menu berbuka..yg goreng tempura tu mengancammm

    ReplyDelete
  4. Ummi datang bawa piring nak puff sadin tu... aci ler... ummi...

    ReplyDelete
  5. izahdaut ;alah senang je nak buat..ummi pun suka bangat ngan tempura.
    Kak nur ede :nak ke..mai la umah...tak pun try buat tgk..akak pun pandai masak gak..hehehe..
    Suhana:sedap ke.???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...