6 Ramadhan 1431



Jumpa lagi..

Hari ni hari yg ke enam kita berpuasa...Ada yg cukup....ermmmm tentu ada yg dah ponteng kan???Ponteng tu bukan disengajakan ye....ponteng tu mesti bersebab...
Apa juadah berbuka anda hari ni??? Bagi Ummi juadah berbuka mmg Ummi sediakan sendiri,...almaklumlah..Ummi ni kan fulltime housewife...jadi manager di dapur la...Manager tu mmg manager gak..tapi merangkap tukang masak yg tak profesional pun ia jugak...kiranya Ummi ni mcm2 la kena buat kat office Ummi ni...
Hari ni Ummi sediakan Ayam percik,Cucur Udang ngan Gado Gado...Mai kita layannnn...


Ayam Percik sebelum di tuang kuahnya.

Ayam Percik Ala Ummi
Ayam Percik setelah dituang kuahnya.

Bahan2nya (a):
7 biji cili kering
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
1/2 cawan santan pekat
sedikit garam dan gula
*kesemua bahan diatas di mesin

Bahan (b):
9 ketul ayam
*dikukus ngan sedikit garm dan halia.
*kukus sekejap aja.

Cara2nya:
Perap ayam tadi ngan 1/2 drpd bahan (a) tadi selama 1 jam.
Kemudian simpan dlm fridge.
1/2 lagi bhn (a) tadi ditumis .
Letakkan sedikit air asam jawa.Masak sehingga kering.
Setelah masak,..kuah letak tepi.Ia sebagai kuah utk dituang keatas ayam yg telah dibakar.
Setelah 1 jam ayam diperap,..ambil dan bakar..Ikut suka nak bakar cara camna pun tp Ummi bakar atas dapur aja.



Bahan2 yg ada dlm Gado Gado

Kuah Kacang Segera - Ummi beli kat kedai je..

Inilah Gado Gado Ummi

Bahan2nya;
*Seperti gambar di atas
*Bahan2 tu kena rebus dulu ye

Cara2nya:
*Kesemua bahantu dicampur ngan kuah kacang



Cucur Udang

Bahan2nya:
Udang kecil
Udang besar
500gm tepung gandum
sedikit kucai
Taugeh - ikut suka kalau nak boh byk lg sedap
1 labu bawang besar - dihiris nipis
sedikit kunyit serbuk
sebiji telur - utk melembutkan
garam
air suam - utk membancuh adunan

Cara2nya:
Bancuh bahan di atas kecuali udang besar dengan air suam.
Kemudian letak udang besar diatas adunan semasa nak menggoreng.
Goreng cara deep fry.
*air suam digunakan utk membancuh adunan tepung supaya ia lembut.



Comments

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...