Ramadhan yg ketiga....


Salam semua,...

Macam mana hari ni,..dah masuk hari yg ke3 kita berpuasa...Bagi Ummi dan anak2 cukup gumbira...tambah2 bila anak Ummi yg sulung si Faris ada bersuara yg dia rasa syok sgt posa..Dia cakap masa hari mula posa ,...Faris cakap letih sesgt tp hari ni dia cakap dia tak rasa mcm posa pun...Wah...gumbiranya hati Ummi,..sbb anak2 Ummi tak kisah dan mau berpuasa.Macam selalu anak2 Ummi ...Faris dan Danish dah berjaya menghabiskan posa sebulan bg tahun2 yg lalu...dan Ummi harap tahun ni jugak anak2 Ummi dapat menghabiskan sebulan jugak...Ummi dah asuh anak2 Ummi dari seawal umur 6 tahun lagi.....Alhamdulillah anak2 Ummi dpt mengikutinya...Yalah masa awal2 dulu tu mmg tinggal beberapa hari ttp setelah masing2 dah masuk sekolah rendah...posa tak ditinggalnya melainkan jika mereka tak sihat aja...
Hari Jumaat ni hari cuti weekend bagi anak2 Ummi...,jd Ummi dah prepare juadah yg bagi Ummi simple dan mudah dan anak2 Ummi suka sgt .Dari yg sulung sampai lah yg paling kecik,..suka sgt makan mee.So Ummi masak Mee Kuah utk berbuka..Sebagai pemanis mulut..Ummi sediakan kuih sagu..



Mee Kuah Ummi

Bahan2nya:
Mee kuning - dicelur
udang
daging - dipotong
fish ball
carrot - dipotong kecil2
3 biji bawang besar - dimesin
2 ulas bawang putih - ditumbuk skit
cili kisar
stok ayam
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit sos tiram
garam dan gula

Bahan hiasan:
taukua - digoreng dan dihiris
daun bawang dan daun sup - dihiris
cabai - dihiris
tauge - dicelur
sawi - dicelur
telur - direbus
bawang goreng

Cara2nya:
Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau...
Kemudian masukkan cili kisar...masak sehingga garing .
Lps tu masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram.
Kemudian masukkan daging dan udang ,..kacau semua..
Baru masukkan stok ayam.kalau nak kuah lebih ltk air lebih skit.
Kemudian masukkan potongan carrot dan fish ball.
Last masukkan garam dan gula sebagai perasa.
Lepas tu sediakan mee ngan hiasannya dan tuangkan kuahnya.



Kuih Sagu Ummi.

Bahan2nya:
1 1/2 cawan sagu - direndam dlm 2 jam
1 cawan gula pasir
pewarna merah
parutan nyior

Cara2nya:
Sagu yg direndam tadi,..ditoskan.
Kemudian campurkan gula dan pewarna merah bersama2 ngan sagu tadi dan gaul rata.
Sebelum tu lapikkan loyang ngan daun pisang atau Ummi ltk pakai plastik bungkus makanan aja.
Tuangkan campuran sagu tadi dan kukuskannya sehingga masak.
Setelah masak,..sejukkan sagu tadi.
Dah sejuk,..potong kuih sagu tadi dan golek2kan ke dalam parutan nyior .

Comments

  1. kuih tue nampak menyelerakan betul la.. hahah

    ReplyDelete
  2. ummi...i folo u too..
    mcm sdp je mee kuah tu yer..nnt nk cuba la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...