Walaupun keletihan...tetapi hidangan berbuka tetap ada...


Salam,...

Ummi rasa hari ni hari yg paaliiing meletihkan buat Ummi...Bukan apa, hari ni pagi dan petang kheja ulang alik hantaq anak ngan ambik anak dari kelas KAFA....Pagi2 dah siap2 pi market..beli apa yg patut utk dimasak hari ni...Tambah memenatkan lagi bila adik Damia asyik2 suka nak kacau Ummi...Adik Damia ni mmg tak leh tengok Ummi dok diam ka...dok layan lappy ka,..rest2 ka...mesti dia ada saja yg nak disuruh dan diarahnya...Bila Ummi dok di dapoq,..ada saja la plak nak tolong Ummi konon...padahal dia kheja main ayaq kat sinki aja...habis basah lencun kat dapoq tu...Aiihhh mmg lotih sesgt den hari ni....mencabar sunggoh keimanan Ummi..Menu masak hari ni tak yah dok jenuh pikiaq,..mmg dah set dah dlm kepala otak..senang ja capai barang yg nak beli di kedai...ingatkan lagi mudah dan cepat...ni tak lg penat Ummi ngan karenah adik Damia...
Adik Damia,...Ummi tau la adik ni pompuan tapi tunggu la besaq skit kalau nak tolong Ummi...Adik Damia bukan tolong Ummi tadi tp adik laagiii tambah kheja kat Ummi..Ermmmm camtu la Damia. Tapi Ummi bersyukur sbb adik Damia ada gak perasaan nak tolong Ummi...Kalau tak dak adik mesti lagi sunyi kan....
Ok la...apa menu berbuka Ummi ngan family hari ni....nak tau jengok kat bawah ni....


Rendang Pedas Kerang
Ummi suka ngan rendang ni..kalau nak makan ngan ketupat pun sedap...Selain drpd rendang ayam/daging ,Emak Ummi pun suka buat rendang ni masa Hari raya sbb Ayah Ummi tak makan ayam.

Bahan2nya:
kerang - direbus dan dikopek kulitnya
cili kering - dimesin
1 labu bawang besar - dimesin
1 ulas bawang putih - dimesin
3 btg serai - dimesin
1 inci halia - di mesin
1 inci kunyit hidup - dimesin
1 cawan santan pekat
1 camca besar kerisik
garam dan gula
1 atau 2 keping asam keping
hirisan bawang besar dan daun kunyit - sebagai hiasan

Cara2nya:
Tumiskan bahan2 mesin hingga cilinya garing dan masak.
Kemudian masukkan asam keping.
Lepas tu masukkan kerang rebus tadi dan kacau.
Bila dah kacau sebati ,baru masukkan santan pekat,kerisik,garam dan gula.
Masak sehingga kuahnya agak2 kering macam kita buat rendang biasa.
Last baru masukkan hirisan bawang besar dan daun kunyit.
Kacau sebati dan siap dihidang .


Ini adalah inti utk telur bungkus

Bahan2 utk inti:
2 keping daging burger - dipotong kecil2
5 batang isi ketam - boleh beli kat s/market - dipotong kecil2
2 labu bawang besar - dipotong dadu
4 sudu besar sayur campur
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mayonis

Cara2nya:
Mulakan ngan goreng dulu daging burger dan isi ketam.
Tumiskan bawang besar tadi hingga layu tp jgn sampai layu sgt.
Kemudian masukkan daging burger ngan isi ketam yg tlh digoreng.kacau.
Masukkan ketiga2 sos tadi dan kacau.
Selepas tu masukkan sayur campur,sdikit je garam dan gula.Kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan 3 sudu besar mayonis dan gaul manja2 je ngan inti tu...
*gambar kat atas tu sebelum di gaul ngan mayonis..

Telur Bungkus

Bahan2nya:
5 biji telur
inti seperti kat atas.

Cara2nya:
Telur dipukul terlebih dahulu dan ltk sedikit garam.
Kemudian kita buat telur dadar tp besar sikit.
Kemudian baru ltkkan inti yg tlh disediakan.
Bungkus inti tersebut.
Sedia dihidang.


Sayur Sawi Bunga Goreng Telur

Nak buatnya senang aja,..tumiskan hirisan bawang merah ngan bawang putih.Kemudian ltkkan sedikit air dan letakkan sayur sawi tadi.Masak hingga lembut.Kemudian pecahkan sebiji telur ke dalamnya.Letakkan garam sebagai perasa.


Simple Cekodok Pisang Emas

Bahan2nya:
1 ikat pisang emas - dibuang kulit dan dilenyek
sedikit tepung - agak2 je..Ummi tak ltk byk sgt takut keras
1 senduk kecil gula
sedikit garam - utk melemakkannya

Cara2nya:
Gaulkan kesemuanya sehingga sebati...
Kemudian deep fry..

...SELAMAT MENCUBA...

Comments

  1. rajin la ummi ni..Su masak kat Pasar Ramadhan jer..huhu..

    ReplyDelete
  2. wah3.. ada rendang kerang lg... ishhh.. sedapnya ummi.. my peberet kerang2 ni... :D

    ReplyDelete
  3. salam ummi,
    rendang kerang tu sure buat bertambah2 selera makan. saya mmg suka makan kerang ni.

    ReplyDelete
  4. Suhana.: Ummi pun kalau malas cari jugak kat pasar ramadhan
    Anawahid: mmg sedapp.....Ummi pun suka kerang
    indahhouse:Jgn lupa try ye...mmg sedapp.

    ReplyDelete
  5. salam ummi..apa habaq..waduh sedap tul ummi masak..nanti nak trylah rendang kerang..jarang buat sendirik coz nak kopek kerang..huiiih bercinta sungguh!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...