4 Ramadhan 1431


Salam Ramadhan,...

Dah 2 hari Ummi sekeluarga berbuka dgn tak menjamah nasi,...semalam En Hubby dah menyuarakan kat Ummi yg dia nak makan nasi plak masa berbuka untuk hari ni. So Ummi masak menu mcm makan lunch le utk hari ni...Malas rasanya nak buat kuih,..jadi pemanis mulut hanya ngan kurma,...ikut sunnah Nabi...En Hubby mcm mana sekalipun akan menjamah dulu kurma sebelum berbuka ngan benda lain...
Macam biasa lah ye...kekadang Ummi ni buntu nak masak apa..so Ummi mintak la En Hubby yg cadangkan.Dgn cepatnya En.Hubby mintak Ummi masakkan Kurma Ayam,..Danish plak mintak Ummi masak sayur bayam,..bagi Faris plak,..dia cakap ..apa2 pun tak apa.Ermmm easylah Ummi nak masak kalau dah ada request mcm ni...Mudah lah Ummi nak buat preparation ....


Inilah hidangan berbuka family Ummi utk 4 Ramadhan.


Kurma Ayam Ummi

Bahan2nya:
Ayam - dipotong kecil dan digoreng jgn sampai garing
kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga
1 biji bawang besar - dimesin
1 ulas bawang putih - dimesin
2 biji buah keras - dimesin bersama2 bawang2 tadi
rempah kurma - cap Adabi dan dimesin bersama2 bawang dan buah keras
3 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
santan
garam dan gula
1 biji limau nipis - diambil airnya
2 biji kentang - dikerat 4
2 biji cabai hijau - dibelah tengah
1 biji bawang besar - dibelah 4

Cara2nya:
Tumiskan dulu kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga serta bahan hirisan.
Kemudian tumiskan bahan2 mesin tadi.Masak sampai garing dan pecah minyak.
Setelah itu masukkan kentang.Masak sehingga nampak kentang tu lembut.
Kemudian masukkan santan.
Masukkan ayam yg tlh digoreng tadi.Kacau lagi.
Selepas tu masukkan cabai hijau,bawang yg dibelah 4 tadi,garam dan sedikit je gula.
Masak sehingga kuahnya agak2 pekat.
Last baru masuk perahan air limau dan kacau lagi.selepas tu baru tutup api.

*ayam tu digoreng dulu utk mengelakkan cepat hancur,..malah ia lebih menyedapkan.



Sayur Bayam Ummi

Bahan2nya:
1 ikat sayur bayam - disiang
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
sedikit ikan bilis
3 bungkus kecil suun - direndam
garam
air

Cara2nya:
Tumiskan ikan bilis dahulu..
Kemudian masukkan hirisan bawang2.Goreng sekejap hingga wangi.
Selepas tu masukkan air dan sayur bayam.
Masak sehingga bayam lembut.
Letakkan garam sebagai perasa.
Last baru masukkan suun yg direndam tadi.



Ikan Kembong Goreng Cabai.

Mudah sangat nak buat dish ni.Sebelum tu ,..ikan kembong digoreng terlebih dahulu.Lepas tu tumiskan hirisan bawang.Kemudian masukkan 4 sudu besar cabai kering yg tlh dimesin.Goreng sampai garing dan hilang bau cabai.Kemudian masukkan garam dan gula sebagai perasa.Last ltkkan sedikit perahan limau dan tuangkan kuahnya ke atas ikan kembong tadi.Hirisan bawang besar dan tomato sebagai hiasan.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...