Iftar 9 yg paling simple...

Salam Khamis buat semua...

Hari ni berbuka ngan yg simple2 aja...memandangkan anak2 Ummi bersama2 En Hubby berbuka di surau kat tmn perumahan Ummi..Ada kenduri berbuka di sana....Ummi berbuka ngan adik Damia aja ..Dish simple aja..lagi pun Ummi ni kalau berbuka,..tak berapa ingin sgt nak makan nasi...jadi Ummi sediakan mee sanggul goreng ngan kuih lompang.Simple kan...easy pun easy..easy as ABC...cewah2...


Mee Sanggul Goreng

Bahan2nya;
1 peket mee sanggul - direndam dahulu
1/2 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
cili kisar
sos tomato
sos tiram
kicap manis
garam
gula
1 peket fish ball
sedikit daging
2 batang sosej - di potong kecil
50 sen taugeh

Cara2nya:
Tumiskan hirisan bawang2 tadi sehingga agak2 garing.
Kemudian masukkan cili kisar.Ikut kepedasan masing2.
Masak sehingga cili garing dan hilang bau cili.
Lepas tu masukkan kicap manis,sos tomato dan sos tiram.
Selepas itu masukkan daging,fish ball dan potongan sosej tadi.Masak sekejap.
Kemudian masukkan garam dan sedikit gula..kacau lagi dan masukkan mee yg direndam tadi.
Last masukkan taugeh daan hidangkan mee ngan hirisan daun bawang,hirisan cili dan hirisan telur dadar.


Kuih Lompang

Bahan2nya
50 sen gula merah
2 camca besar gula
* masak kedua2 bahan2 di atas dgn 2 cawan air.Kemudian tapiskan dan biarkan suam dahulu.

2 cawan tepung beras
2 sudu kecil air kapur.
*Gaulkan kedua2 bahan2 diatas dgn air gula yg suam tadi.Kemudian kukusnya.Sebelum tu kukus acuan sekejap...kemudian baru masukkan adunan tadi.
Kukus selama 15-20minit.Kemudian lompang ni dimakan bersama2 kelapa parut yg diltkkan sedikit garam.

Comments

  1. ummi.. sumi suka kuih lompang tu.. tp susah la nk cari.. nk buat sndri tak reti..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...