Ayam Masak Kicap & Sambal Tumis Sotong...


Salam...

Hari ni tak ada yg istimewa utk berbuka puasa,..Ummi masak ala kadar aja memandangkan Ummi ni cam kekeringan idea utk masak dish yg membuka selera anak2 Ummi.Bila keadaan ini menjelma maka kelazyan nak memasak pun timbullah...tp camna pun kena jugak masak....
Hari ni Ummi masak Sambal Tumis Sotong dan Ayam Masak Kicap...Alhamdulillah masa berbuka tadi,..anak2 berselera makan nasi,..lebih2 lagi Faris yg susah sangat nak makan nasi..Meh kita layan menu hari ni...Sila...sila...


Sambal Tumis Sotong

Bahan2nya:
8 ekor sotong
cili kering kisar
1 labu bawang besar - dimesin
2 ulas bawang putih dimesin
sedikit belacan - mesin sekali ngan cili kering
1 kpg asam keping
garam
sedikit gula
hirisan bawang besar - hiasan

Cara2nya:
Tumiskan bahan2 mesin tadi.Masak sehingga kuahnya pecah minyak..Masukkan asam keping.Masak sehingga kuahnya agak2 kering dan kemudian masukkan sotong.Gaulkan dan masukkan pula garam dan gula.Masak sehingga kuahnya pekat sedikit.Last masukkan hirisan bawang besar.Sedia dihidang.


Ayam Masak Kicap

Bahan2nya:
1/2 ekor ayam - dikerat kecil2 dan goreng separa masak.
1 labu bawang besar - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
2 batang serai - ditindik
kicap manis
sos tomato
1 sudu makan serbuk lada hitam
sedikit garam dan gula (Ummi tak ltk pun)
hirisan bawang besar
hirisan cili hijau dan merah

Cara2nya:
Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga agak2 garing.Kemudian masukkan serai dan gaul lagi.Lepas itu masukkan ayam yg digoreng tadi dan gaul sebati.Masukkan kicap manis ,tomato sos dan serbuk lada hitam.Gaul sebati.Masukkan sedikit air...Kemudian masak sehingga kuahnya agak2 pekat dan last taburkan hirisan bawang besar ngan hirisan cili hijau dan merah.Gaul sehingga sebati...Ummi tak ltk dah garam dan gula...Terpulang kpd masing2 ye..kalau nak ltk garam dan gula...Selamat mencuba..Sedap dimakan ngan nasi yg panas2.

Comments

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...