Egg & Crab Stick Puff utk Iftar ke 12


Salam,..

Hari ni ada kenduri berbuka puasa lagi di Surau kat taman perumahan Ummi.Jadi Ummi tak yah la nak masak jenuh2 hari ni..sekadar buat kuih aja...Bukan apa,..kuih ni kira spare utk anak2 lps balik dari surau lps terawih.Ummi rilek banyak la hari ni...Kalau tidak dah masuk dapoq awal2 lagi..tp hari ni Ummi masuk dapoq pukul 4.30pm tadi....
Hari ni Ummi prepare Egg & Crab Puff ....


Inti yg akan diisikan ke dalam puff nanti.
Disebelah kiri tu,..inti yg tak diltkkan mayonis lagi dan yg di sebelah kanan tu dah diltkkan mayonis.


Ini setelah diisi inti ke dalamnya.Beginilah rupanya sebelum dibakar.


Beginilah rupanya puff yg sudah dibakar.


Egg & Crab Stick Puff
Ermm lihat isi kat dalam tu..Nak lagi sedap makan plak ngan cili sos.Sedaappp...hehehe...tak malu puji sendiri.

Bahan2nya:
roti peratha segera - ikut suka nak guna jenama apa pun
5 biji telur - dibuat telur hancur
6 batang crab stick - dipotong kecil2 dan digoreng dahulu
2 biji kentang - dipotong dadu dan digoreng dahulu
1 biji carrot - dipotong dadu dan digoreng dahulu
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 biji cili merah - dipotong dadu/kecil2
sedikit garam
2/3 sudu serbuk lada hitam
mayonis

Cara2nya:
Tumiskan dulu bawang dan cili yg dipotong dadu tadi.
Kemudian masukkan kesemua bahan yg tlh digoreng dahulu termasuklah telur hancur.
Gaul kesemuanya biar sebati.
Kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam dan gaul kesemuanya.
Masukkan ke dalam bekas dan lps tu gaul bersama2 ngan mayonis.
Kemudian ambik sekeping roti peratha tadi,..masukkan inti ke dalamnya dan dilipat dua.
Lps tu tekan ngan garfu ditepi2nya.
Sapu mentega diatasnya dan bakar sehingga masak dan garing.
*roti peratha segera = roti canai segera - ada dijual di supermarket.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerabu sardin pembuka selera..

Homemade mulberry kordial...

Petang tadi pekena pengat pisang..