Empat sekawan..



Ahlan wasahlan sahabat2......

Ummi ni peminat setia Majalah Keluarga terbitan karangkraf...Kalau anda nak tahu Ummi dah mula melanggan majalah ni since tahun 1999...cuba bygkan dah berapa banyak majalah ni Ummi kumpul.....Kira Ummi die hard core fan la ngan majalah ni...Sebenaq2nya Ummi ni nak kasi la info mengenai apa yg Ummi baca tadi...Info ni berguna buat semua surirumah dan bukan surirumah...
Kadang2 ,..hari2 kita guna semua ni iaitu rempah empat sekawan....
Rempah empat sekawan ni amat penting dlm proses menumis masakan...terutamanya dlm masakan tradisional...Masyarakat Melayu dah menggunakan rempah empat sekawan ni dr zaman tok nenek lagi..Rempah empat sekawan ni mengeluarkan empat jenis rasa yg berlainan seperti pedas,pahit,manis dan kelat.Selain ia berbau harum,ia juga mempunyai khasiat perubatan yg tersendiri...
Rempah empat sekawan ni terdiri drpd : kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih.


KULIT KAYU MANIS

- nama saintifik : cinnamomum zeylanicum.
- antara rempah yg paling penting utk menumis masakan.
-mempunyai aroma yg wangi dan manis.
-didlm segi perubatan pula,...ia dpt meredakan cirit birit,melawas air besar dan mengubat kesakitan gigi yg berlubang
-Caranya : asah kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk dan kemudian letakkan kedlm gigi yg berlubang.
-Kulit kayu manis direndam dgn teh bleh menurunkan paras gula dlm darah.
-Minyak pati kulit kayu manis pula dpt mengeluarkan aroma yg bleh menenangkan fikiran


BUAH PELAGA

-nama saintifik: elleteria cardamomum
-masyarakat arab menggunakan buah pelaga sebagai rencah utama dlm masakan mereka.
-di dlm segi perubatan: mengurangkan bau nafas,melegakan asid dlm perut,asma dan penyingkiran toksid.
-Caranya : mengunyah buah pelaga ataupun minum air rebusan buah pelaga.


BUNGA LAWANG

-nama saintifik: illicium verum hooker fil.
-mempunyai lapan kelopak
-baunya harum,..dan bleh dijdkan hiasan di dapur.
-mampu nyah bau yg kurang menyenangkan.
-di dlm segi perubatan : membuang angin dlm perut dan sakit sendi.
-dipercayai air rebusannya bleh hindari dr penyakit H1N1


BUNGA CENGKIH

-nama saintifik: eugenia aromatica.
-berasal dari Pulau Maluku.
-ditanam secara pembiakan benih
-rasanya sedikit pahit,kelat,berangin dan pedas.
-di dlm segi perubatan : boleh menghilangkan bau nafas,sakit gigi,kesihatan jantung,penglihatan dan tajamkan fikiran.
-Caranya: amalkan dgn mengunyah 10 biji bunga cengkih setiap hari

Comments

  1. akak penah jumpe majalah masakan THE COOK? sya penulis kat situ. heheh saje pomote..

    ReplyDelete
  2. ya ka...tak pa nanti ummi pi cari kat kedai ya...congrat sbb dah ada buku sendiri...ummi cukup suka la baca buku mengenai cooking2 ni...nanti ummi pi belek ya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...