N3 hari ini...Pais ikan kembong masin..


Assalam...

Ermm..tadi N3 2 minggu lepaskan....ini plak n3 tadi tgh hari.....Hari ni punyalah tak dak idea nak memasak...terpikirlah plak nak masak pais ni....Sebenarnya banyak menu yg boleh dicari utk dijadikan menu lunch..tetapi biasalahkan benda yg mudah dan mmg dah ada kat umah jugaklah ummi nak buat ...senang dan menyelerakan....Tambah2 plak emak ayah ummi mmg ada kat umah ummi...memang kenalah ngan selera mereka...



Pais ikan kembong masin.
Resepi ni sebenarnya datangnya daripada emak ummi sendiri...selalunya org suka buat pais menggunakan ikan yg fresh tapi resepi kali ni ummi buatkan menggunakan ikan masin...ikut suka koranglah ye..nak guna ikan apapun ye...mmg menyelerakan bagi sesiapa yg tak berselera...makan ngan nasi panas2..ermm terangkat..

Bahan2nya:
3 ekor ikan kembong masin - direndam seketika
5-10 biji cili kering (direndam ngan air panas dan ditoskan)
1 inci belacan
sedikit air asam jawa
Nyior mesin RM1
sedikit garam
sedikit gula
2 helai daun kunyit - dihiris halus
daun pisang -utk membalut ikan

Cara2nya:
Mesin cili kering bersama ngan belacan dan air asam jawa sehingga cili betul2 hancur.
Kemudian masukkan nyior mesin ,sedikit garam dan sedikit gula.
Mesin sehingga sebati dan jangan sampai terlampau halus.
Kemudian masukkan bahan mesin tadi ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan daun kunyit tadi.Gaul sebati.
Selepas itu ambil sedikit sambal tadi dan sapukan ke atas daun pisang.letakkan 3 ekor ikan tadi di atasnya.
Setelah itu letakkan lagi sambal tadi ke atas ikan yg disusun tadi.
Balutkan ia kemas2 dan bakar di atas api hingga masak..

Comments

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...