Lamanya tak makan rendang ayam ye...


Assalam,.....

N3 ni sebenarnya patut disiarkan kelmarin dulu ttp tertunda disebabkan camera ummi ada mengalami kesulitan...tu yg lewat bersiaran....hehehe...
Lama sungguh ummi sefamily tak makan rendang ayam....rasa mengidam la plak....Dulu kalau teringin nak makan rendang ayam mesti tunggu hari raya kann....tp sekarang bila2 aja kita boleh makan rendang .....makan ngan nasi putih panas2 pun dah menyelerakan...tak yah ada lauk lain pun tak apa...
Family ummi mmg suka ngan rendang ayam/daging....makan ngan nasi aja....tak pun ngan pulut kuning...ermmm meleleh ayaq liuq...org kedah kata..hehehe..



Rendang ayam simple

Bahan2nya:

1/2 ekor ayam - dipotong2 kecil dan digoreng sedang2 aja
segenggam cili kering*
2 ulas bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3 btg serai*
1 inci lengkuas*
1 -2 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
(semua bahan bertanda* dikisar halus)
2-3 kpg asam keping
2 mangkuk santan pekat (bergantung masing2)
3 - 4 sudu besar kerisik
garam dan gula
2 helai daun kunyit - dihiris
3 helai daun limau purut - dihiris

Caranya;

Ayam yg tlh digoreng sedang2 tadi dimasukkan ke dlm kuali yg tak berisi minyak.Kemudian masukkan kesemua bhn kisar,santan dan asam keping.Masak sehingga pecah minyak dan agak2 kering.Kemudian masukkan kerisik ,garam dan gula.Masak lagi sehingga kering.Jika nak berkuah tambahkan air mengikut kepekatan yg diigini.Last masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.



Acar timun dan nenas /jelatah

Mudah sesangat nak buatnya.Sebiji timun yg dibuang kulitnya dan dihiris nipis2.ambil 1/2 biji nenas di hiris nipis.Sebiji bawang besar dan cili merah dihiris nipis2.Gaul kesemuanya di dlm satu mangkuk bersama sama ngan garam dan sedikit gula.Kalau nak pedas lagi..masukkan hirisan cili padi ye.Sedia dihidang.Mmg sedap dimakan bersama ngan nasi dan rendang ayam tadi.....

SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular posts from this blog

Petang tadi pekena pengat pisang..

Homemade mulberry kordial...

Kerabu sardin pembuka selera..