Lunch for 23 June 2011....


Assalam semua,...


Jumpa lagi ye,..sahabat2 maya ummi....Lama jugak ummi tak letak n3 lauk pauk kan....hehehe...bukannya tak masak ye..cuma ummi malas jugak menyenap pic2 lauk pauk...ermm kekadang tu ummi masak simple ya amat...rasa cam tak best plak ltk dlm blog ni....
Tapi utk memenuhi blog ummi ni....hari ni ummi sharelah ngan korang2 semua apa yg ummi lunch utk hari ni.....Simple tapi best..hehehe,,.......
Lama tak makan kerang..hari ni ummi masak sambal tumis kerang ngan petai..aauwww...terangkat...Lauk utk anak2 plak ,..ummi masakkan masak asam ikan kayu a.k.a tongkol..dan sayur kacang buncis goreng telur....Rasanya cukuplah menu utk hari ni...satu utk ummi ngan ayah,..satu utk faris,danish n damia....



Menu utk ayah ngan ummi
Sambal Tumis kerang ngan petai.

Bahan2nya:
1/2 kilo kerang (dicuci,direbus dan dikopek ambil isinya)
4 papan petai (yg dikopek dan diambil isinya)
*segengam cili kering
*1 ulas bawang besar
*1/2 ulas bawang putih
*1 inci belacan
1 batang serai (dititik)
1 -2 kpg asam keping
sedikit garam
sedikit gula
bahan yg bertanda * dimesin halus.

Cara2nya:
Tumis bahan yg dimesin tadi.Masak biar sehingga cilinya garing.Kemudian masukkan asam keping dan serai yg ditindik tadi.Masak seketika sehingga cilinya benar2 dah masak.Setelah itu masukkan isi kerang dan isi petai.Gaul sebati.Last masukkan garam dan gula sebagai perasa.Ikut suka anda, jika mahu sambal ni agak2 kering..masak biar lama sedikit...jika nak yg berkuah..tambahkan air ye...



Menu utk faris,danish ngan damia
Masak Asam Ikan Kayu a.k.a Tongkol

Bahan2nya:
2 ekor ikan kayu (yg sedang2,dipotong dan digoreng kunyit)
1 batang serai ditindik
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris halus)
semangkuk air asam jawa
garam dan gula

Cara2nya:
Tumiskan bahan hirisan tadi dan serai sehingga naik bau dan agak2 garing.Kemudian masukkan air asam jawa .Setelah itu masukkan ikan kayu yg sudah digoreng tadi dan gaul sebati.Masak seketika sehingga mendidih.Lastly baru masukkan garam dan sedikit gula sebagai perasa.



Kacang Buncis Goreng Bertelur

Ini lagi mudah..hiriskan kacang buncis seperti di atas,..Tumiskan hirisan bawang dan bawang putih.Biar hingga agak2 garing,..baru masukkan sayur tadi dan digoreng.Lepas itu pecahkan sebiji telur dan gaul sebati..Masukkan garam...Taadaaa sudah siap hidangan sayur ni..

...SELAMAT MENCUBA...

Comments

Popular posts from this blog

9th iftar 1433..

Pokok kunyit Ummi berbunga lagi...