6th iftar 1433H


Assalam,..

Iftar yg ke6 ummi berada di umah mak ayah ummi...di mana???? Di mana lagi kalau tak bukan di SP....
Kami berbuka ala kadar aja hari tu...Mak teringin nak makan bihun goreng...so direquestkan ummi utk menggorengnya...So hari tu ummi sediakan bihun goreng tauchu.....Tp masih ada makanan sampingan ye....ummi bersama2 ngan mak,faris dan si kecik damia buatkan buah melaka....Lama tak makan buah melaka kan..Selalunya ..bila tiba bulan Ramadhan aja ummi akan buatkan buah melaka...kenapa ekk???




Buah melaka

Bahan2nya :

sepeket tepung pulut (kecil)*
2 senduk besar tepung beras*
air*
sedikit garam*
gula melaka (dipotong kecil2)
nyior mesin - diletakkan sedikit garam
air dan daun pandan utk merebus

Caranya:
Gaulkan kesemua bhn yg bertanda*.Jgn sampai lembik.Uli sehingga menjadi seperti doh.Letakkan pewarna.Kemudian buatkan bulat2 dan letakkan gula melaka di tengahnya.Masukkan ke dalam air rebusan tadi.tunggu sehingga ia timbul.Bila dah timbul,angkat dan golekkan ke dalam nyior.



Buah melaka hasil tgn Damia Maisarah....
Sebenarnya adalah kut 10-13 biji buah melaka yg damia buat....kiut miut aja buah melaka yg damia buat.....semuanya sebesar ibu jari ummi aje...tapi apa yg damia buat ni semuanya habis dimakan damia...ni tinggal 4 biji sbb ummi tak sempat nak ambik pic..damia dah ngap dah yg selainnya...hehehe...



Bihun/Meehoon goreng tauchu..

Bahan2nya:

sepeket bihun
hirisan daging
taugeh
sepokok sawi
2 senduk besar cili mesin(mesin cili dgn bwg besar dan seulas bwg putih)
sos tomato
sos tiram
4 sudu besar tauchu
kicap manis
garam
sedikit gula

Cara2nya:
Tumiskan cili mesin tadi.Biar hingga cili hilang bau cili.Kemudian masukkan sos tomato,sos tiram,kicap manis dan tauchu.Gaulkan kesemuanya.Kemudian masukkan garam dan sedikit gula.Masukkan isi daging dan gaulkan.Bial cili dah masak,..masukkan sayur sawi dan bihun.Gaul sehingga sebati.Last baru masukkan taugeh..

Comments

Popular posts from this blog

Kerabu sardin pembuka selera..

Homemade mulberry kordial...

Petang tadi pekena pengat pisang..