3rd iftar 1433


Assalam,..

Haa...ni n3 utk hari ini ye...n3 hari ketiga kita berpuasa....Ummi masak yg simple2 aja..ya..seperti yg ummi pernah bagitau..ummi akan masak mengikut selera anak2...sebab nak kasi gak penghargaan buat anak2 yg berjaya berposa seharian kann....kasi anak2 hepi skit bila nak berbuka dan rasa seronok nak berposa buat esok harinya...
Begitu jugak buat ummi n en.hubby...kasi ada ummpph bila nak berbuka.hari ni menu berbuka...ummi sekeluarga makan nasiputih berlaukkan ikan siakap bakar ,kerabu daging bakar black pepper n pajeri nenas terung...Sudah cukupkan...hidangan itu..jadilah buat nak isi perut...




Kerabu daging bakar black pepper

Bahan2nya:
5 ketul isi ayam (diperap dgn garam dan serbuk lada hitam,kemudian dibakar hingga masak)
setengah biji timun - dibuang bijinya dan dihiris nipis2
sebiji tomato - dibuang bijinya dan dihiris nipis2
selabu bawang besar - dihiris nipis2
sedikit garam dan gula
sebiji limau nipis - diambil jusnya

Cara2nya.
Daging ayam yg tlh masak dibakar,dipotong nipis2.
Kemudian campurkan kesemua bhn yg dihiris nipis2 tadi bersama2 ngan hirisan daging tadi.
Gaul rata
Masukkan perahan limau bersama2 ngan garam dan sedikit gula.Gaul sebati.
Kalau rasa nak pedas ,potong cili padi dan gaul bersama2 ngan ayam tadi.
Ummi tak ltk cili padi sebab anak2 ummi yg nak makan...





Ikan Siakap Bakar

Bahan2nya:
seekor ikan siakap
segenggam cili kering*
selabu bawang besar*
seulas bawang putih*
sedikit belacan*
2 batang serai*
asam keping
garam dan gula
daun pisang (utk membalut ikan )

Cara2nya:
Bahan2 yg bertanda* dimesin halus.Kemudian tumiskan bahan yg dimesin tadi sehinnga garing.masukkan asam keping dan masak seketika sehingga hilang bau cilinya.last masukkan garam dan gula.
Ambil ikan siakap tadi dan letakkan diatas daun pisang.Ambil sambal yg masak tadi..lumurkan keatas ikan tadi dr kepala ke ekor.balutkan ikan itu dgn daun pisang tadi.Kemudian bolehlah dibakar.Ummi bakar ikan ni guna pan aja.Mudah aja..

SELAMAT MENCUBA


Comments

Popular posts from this blog

Kerabu sardin pembuka selera..

Homemade mulberry kordial...

Petang tadi pekena pengat pisang..